Selamat Datang Ke Laman Motivasi Alihan Pelajar

Alhamdulillah, akhirnya laman Motivasi Alihan Pelajar ini berjaya diwujudkan untuk saya curahkan pelbagai idea, pandangan, komen dan sebagainya. Saya berusaha untuk mengemaskini kandungan dalam blog ini dari semasa ke semasa meskipun mungkin tidak setiap hari. Pelbagai perkara akan disentuh dan dikupas seperti petua-petua kecemerlangan, isu-isu semasa, pelbagai strategi dan teknik belajar, tip-tip untuk guru dan ibu bapa dan banyak lagi.

Motivasi Alihan Pelajar wujud sejak tahun 1995 lagi dan kursus ini dijalankan di seluruh Malaysia. Malah sebahagian daripada pengisian kursus ini saya bukukan untuk dibaca dan difahami. Buku tersebut diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn. Bhd. Dengan adanya blog ini maka pengunjung bolehlah memberikan pandangan, saranan dan kritikan bagi membolehkan saya memantapkan lagi program yang dijalankan itu. Saya mengalu-alukan setiap pandangan sama ada positif ataupun negatif. Pandangan positif menjadi dorongan untuk diri saya dan pandangan negatif pula membolehkan saya memperbaiki lagi kualiti yang ada.

Sebenarnya bukan mudah untuk memberikan motivasi yang mampu menggerakkan minda manusia. Berkesan ataupun tidak sesuatu motivasi itu bergantung kepada hasilnya bukan kepada cara atau pengisiannya. Kalau cara yang digunakan untuk memotivasikan itu hebat tetapi hasilnya tiada maka tiadalah ertinya. Begitu juga kalau pengisian motivasi itu mantap tetapi hasilnya kosong maka tiada makna pengisian tersebut. Apabila bercakap mengenai motivasi, kita bercakap berkenaan hasil dan pastinya hasil yang kita mahukan adalah hasil yang terbaik. Blog ini adalah peluang untuk saya membicarakan pelbagai aspek motivasi dan anda sebagai pengunjung perlu berfikiran terbuka dalam membuat penilaian sebelum membuat kesimpulan.

Salam Perjuangan,

Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, Ph.D
Pengasas
Motivasi Alihan Pelajar

Testimonial Pelajar PMR 2009 – Siti Aisyah, Kota Kinabalu, Sabah

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 26 Dec 2009 | Laman Bersekutu

Assalamualaikum Dr,.

Saya, Siti Aisyah,  merupakan bekas pelajar Motivasi Alihan Pelajar (MAP) yang telah diadakan buat pertama kalinya di Dewan Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah. 

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr.,dan tenaga kerja MAP Training yang telah banyak mendorong saya untuk berjaya.  Malah saya adalah seorang pelajar yang telah bercakap di depan sewaktu Majlis Penutup Kursus tempoh hari.  Susulan dari itu saya memperolehi keyakinan dan telah terpilih menjadi pelapis kepada Pasukan Bahas di sekolah saya.  Sebelum MAP saya bukanlah orang yang berani melakukannya.

Dari segi pencapaian akademik pula, dulu saya sering mendapat nombor 20 ke atas.   Tetapi selepas menghadiri MAP, dalam Peperiksaan Percubaan Pertama PMR 2009, saya mendapat kedudukan ke -11 dalam kelas dengan gred 4A 4B dan 1D.  Dalam Peperiksaan Percubaan Kedua pula saya menduduki tempat ke-4 dengan pencapaian 5A 4B.  Alhamdulillah, peningkatan pencapaian yang drastik itu membuatkan keyakinan saya melonjak untuk berhadapan dengan PMR yang sebenar dan syukur alhamdulillah saya telah mendapay 9A dalam keputusan peperiksaan PMR 2009 yang telah diumumkan baru-baru ini.

Satu sekolah terkejut dengan pencapaian saya ini dan saya sendiri tidak menjangkakannya.  Keputusan ini tidak mungkin mampu saya realisasikan tanpa program MAP dan bantuan orang sekeliling.  Terima kasih semua dan terima kasih MAP.

Testimonial Pelajar
Siti Aisyah
Kota Kinabalu, Sabah.
ctaisyahhamidon@yahoo.com.my

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

2 diskusi buat masa sekarang

Iftar TAMRIN 7 September 2009

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 01 Sep 2009 | Laman Bersekutu

Nota kaki:  Info di atas dipetik dari laman www.kuasamotivasi.com

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

1 diskusi buat masa sekarang

Bengkel Tuisyen oleh Tuan Osman Affan

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 01 Sep 2009 | Laman Bersekutu

Nota Kaki: 
1) Imej di atas diambil dari laman Tuan Fadzli Yusof iaitu www.kuasamotivasi.com
2) Tuan Osman Affan adalah Bendahari Agung TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia).

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

3 diskusi buat masa sekarang

PROMOSI RAMADAN

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 29 Aug 2009 | Laman Bersekutu

Ramadhan datang lagi.  Sekali lagi MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd, seperti tahun-tahun sebelumnya, mengadakan promosi bagi ibu bapa yang mahu memasukkan anak-anak mereka ke Program Motivasi Alihan Pelajar.

Daftar sekarang dan nikmati diskaun seperti berikut:

1.  Daftar seorang pelajar dan nikmati potongan sebanyak RM50/-,  atau
2.  Daftar dua orang serentak.  Untuk pelajar yang pertama anda perlu membayar penuh iaitu RM300/- tetapi untuk pendaftaran yang kedua anda mendapat tawaran diskaun sebanyak 50%, atau
3.  Anda boleh mendaftar anak yang sama sebanyak dua kali (untuk tarikh kursus yang berbeza), pendaftaran pertamanya berbayar penuh RM300/- dan pendaftaran keduanya mendapat diskaun sebanyak 50%.

Syarat:

1.  Pembayaran dan pendaftaran  mesti dibuat dalam bulan Ramadhan 2009 ini juga.
2.  Pembayaran mestilah dalam satu resit.
3.  Pelajar hendaklah mengikuti kursus MAP yang akan diadakan bermula selepas Hari Raya nanti sehinggalah sebelum Ramadhan tahun depan (2010) dengan memilih mana-mana tarikh dan lokasi yang sesuai untuk mereka.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pejabat MAP Training di Ipoh atau Kuala Lumpur.

Ipoh :  05 – 3134622, 05 – 3136601, 016-5580 619
Kuala Lumpur : 03 – 2273 4622, 03 – 2273 0622, 016 – 5580 719
Daftar secara online di http://www.mindaplus.com/daftar

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

Tiada diskusi buat masa sekarang

Lagi.. Testimonial Bekas Pelajar Motivasi MAP

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 03 Feb 2009 | Motivasi Pelajar


Nama: Azi Azeyanty Binti Jamaludin
No Tel:  05-4506122 (office)

Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh,

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai bekas pelajar MAP di Ipoh.  Saya mula menyertai motivasi ini ketika ianya belum lagi begitu dikenali.  Pertama kali pada 1999 dan seterusnya pada 2001 dan 2003.  Alhamdulillah, segala apa yang telah ditunjuk ajar oleh Dr. Tengku Asmadi telah saya aplikasikan dengan baik.  Insyaallah.

Terus-terang saya katakan saya bukanlah seorang pelajar yang cemerlang ketika di sekolah rendah.  Bukan itu sahaja, bahkan keyakinan diri juga lemah.  Namun setelah saya menyertai motivasi ini keyakinan diri saya semakin bertambah.  Keputusan peperiksaan juga semakin cemerlang.

Alhamdulillah, sepanjang 5 tahun saya bergelar pelajar sekolah menengah, saya telah berjaya membuktikan bahwa saya boleh setanding dengan rakan-rakan sebaya saya yang lain.

Antara kejayaan saya ketika itu ialah pelajar terbaik Tingkatan 1 dan 2, antara pelajar terbaik PMR (8A), pelajar terbaik Tingkatan 4 dan antara pelajar terbaik SPM (5A).  Saya juga pernah diberi amanah untuk menyandang jawatan Penolong Ketua Pengawas, pernah menjadi Pendebat Terbaik (BM dan BI), pelajar contoh dan banyak lagi.

Alhamdulillah, semua ini dengan berkat bimbingan dari Dr., doa ibu bapa saya dan usaha serta tawakal dari saya sendiri.

Usaha saya tidak berakhir di sekolah menengah.  Baru-baru ini pada bulan Julai 2008.  Saya telah berjaya menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda saya dengan Kepujian Kelas Pertama.  Saya juga berjaya mendapat Pingat Emas dan juga Graduan Terbaik Program dengan beberapa pengiktirafan daripada universiti, kerajaan negeri dan juga pihak antarabangsa atas aktiviti-aktiviti yang telah saya sertai sepanjang bergelar mahasiswi.   Kini pada umur saya 22 tahun, saya telah menyandang jawatan sebagai tutor biology (Genetics) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)..

Insyaallah saya akan meneruskan perjuangan saya pada bulan Julai tahun ini (Master dan Ph.D) dan jika tiada aral bakal bergelar pensyarah dalam masa 5 tahun lagi.  Doakan saya.

Bukan niat saya untuk bermegah tetapi saya berharap pengalaman saya ini sedikit sebanyak berjaya memberikan inspirasi dan juga membangkitkan semangat untuk adik-adik serta bakal pelajar MAP untuk menyertai motivasi ini dan seterusnya bangun untuk meneruskan perjuangan dengan lebih bersemangat.

Sekian, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca coretan saya.

Nota:
Dr., saya sebenarnya berminat hendak mengikuti aktiviti-aktiviti yang MAP anjurkan. Dr. hubungilah saya sementara belum pergi luar negara ini.

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

1 diskusi buat masa sekarang

Pelajar Pribumi MAP dapat 5A UPSR

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 19 Jan 2009 | MAP Di Sana Sini


Wedismay Nizhien a/p Toni ( Lahir pada hari Rabu 1hb Mac)
anak sulung dari 3 beradik, Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, tinggal dalam keadaan daif di perkampungan orang Asli yang mana bapanya hanya bekerja sebagai Nelayan Lombong. Beliau seorang yang tabah dan tekun belajar, rahsia besar kejayaannya belajar mengikut jadual yang dibinanya sendiri dirumah.

Dikala ibubapanya mencari nafkah beliau menjaga adik-adiknya yang masih kecil sambil buku ditangan. Beliau juga pernah mengikuti kursus Motivasi Alihan Pelajar anjuran MAP Training & Consultancy pada bulan Mac 2008 yang lalu. Beliau juga aktif dalam sukan Bola Jaring, Hoki, Olahraga, Bolabaling mewakili sekolah-sekolah Perak Tengah. Disamping itu ayahnya mengharap agar anaknya dapat bersekolah diasrama penuh MRSM Pasir Salak . Ia menjadi suatu tamparan bagi anak-anak kita yang mendapat pendidikan yang secukupnya dan kemewahan yang sedia ada. Renungkanlah.

Sumber:  http://paspasirsalak.blogspot.com/2008/11/pelajar-5a-upsr-dikalangan-kaum.html

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

Tiada diskusi buat masa sekarang

E-Mel dari seorang bapa yang gembira

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 01 Jan 2009 | Laman Bersekutu

Hari ini saya menerima emel dari seorang bapa yang sangat gembira dengan pencapaian anaknya yang mendapat 8A dalam PMR setelah menyertai Kursus Motivasi Alihan Pelajar.

Ini tulisannya:

Dear Dr.
 
First and foremost syukur alhamdulillah for the recent success of my daughter, Nurhafizah binti Ibrahim and secondly, thank you very much for your excellent guidance and great motivation that has driven her to the highest peak of success.
 
My daughter, Nurhafizah is the only member of our family who has scored 8As in the PMR exam. Had I known about MAP before, I would have sent her brother, Abdul Hafiz and her sister, Norazah to attend the MAP training.
 
I must admit that without your guidance and motivation, I could not imagine what her PMR exam result would be. Today, I am one of those happy and proud fathers who have benefited from the investment that I have made twice prior to the sitting of the said exam.
 
Comparing yours with the contributions of other individuals in their respective fields for the people of Malaysia, you are really fantastic. Only the Almighty Allah can reward you for your great contribution. Hence, I am certain without any slightest doubt that Dr. Tengku Asmadi befits the conformant of the honourable title of ‘Datukship’.
 
Sincerely from the bottom of my heart, I am looking forward that your good self be addressed as ‘Datuk’ in the near future.
 
Indeed, you are a great person who have shaped the Malays in Malaysia towards what they deserve in reality and true perception, i.e. according to what our politicians are claiming about within the real context of ‘Ketuanan Melayu’.
 
Salam & ucapan terima kasih from my wife Nor Fauziah. Wassalam.
 
 
 
Yours sincerely,
Major (R) Ibrahim Hashim
Seksyen 7 Shah Alam.

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

1 diskusi buat masa sekarang

Laman Motivasi Alihan Pelajar Dalam Proses Reka Bentuk Semula

Ditulis oleh admin pada 31 Dec 2008 | Komunikasi

Assalamualaikum & salam bahagia,

Saya bagi pihak pasukan saya ingin memohon maaf kepada para pelawat laman web ini jika dalam tempoh masa sebulan dua ini menghadapi kesukaran melayari laman web ini. Pihak kami dalam proses mereka semula laman web bagi menempuh tahun baru 2009. InsyaAllah beberapa perkara akan ditambah bagi memudahkan para pelawat melayarinya dengan lebih baik.

Sebarang cadangan bagi memantapkan lagi laman web ini boleh dibuat di ruangan komen di bawah. Kesulitan amat dikesali dan pihak kami memohon ampun dan maaf. Terima kasih.

Idea & Tulisan Oleh :

Fauzul Naim Ishak
Pentadbir Laman Motivasi Alihan Pelajar
md@fauzulnaim.com
http://www.fauzulnaim.com

Tiada diskusi buat masa sekarang

E-Mel dari Bekas Anak Didik MAP

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 02 Dec 2008 | Laman Bersekutu

Assalamualaikum Dr.

Saya bekas pelajar MAP tahun 2007 ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kpd Dr. Tengku Asmadi dan pembantunya di MAP Consultancy kerana telah banyak membantu saya bukan sahaja dalam  pencapaian akademik malah lebih daripada itu. Sejak menghadiri program MAP untuk pelajar sekolah menengah saya lebih berkeyakinan untuk berpidato di hadapan orang ramai dan lebih bermotivasi.
 
Uniknya, setiap kali saya berasa ingin menangguhkan kerja atau bermalas-malas segera saya teringat akan suara Dr. yang lantang mengatakan, lebih kurang beginilah bunyinya, “Kamu malas, malas, malas! Kamu kata mahu jadi jurutera, jadi doktor, jadi peguam, tapi kamu PEMALAS..kamu tak malukah dengan apa yang kamu cita-citakan? Ada hati nak jadi jurutera, nak jadi doktor tapi PEMALAS!” kemudian Dr. berpesan lagi, “Kamu kata kamu sanggup berjuang utk saudara kamu di Palestin, di Afghanistan, di Iraq tapi kalau solat pun kamu malas! belajar pun kamu malas kamu ada hati nak tolong mereka?!” Kata2 Dr. itu selalu terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini.

Dan kata-kata itulah membuatkan saya bangkit dengan penuh motivasi dan kini berjaya mengatasi rakan-rakan yang lain dalam akademik mahu pun dalam sahsiah.

Ketika saya menghadiri program MAP tahun lepas saya hanya mampu menduduki kedudukan top 3 dalam kelas saya yang mempunyai 40 org pelajar (kelas ke-3). tetapi selepas menghadirinya dan mengamalkan apa yang diajarkan saya telah berjaya mendapat kedudukan Top 5 dalam tingkatan di sekolah saya yang mempunyai lebih kurang 300 pelajar Tingkatan 3 pada Ujian Pertengahan Tahun ini. Saya selalu mempraktikkan dan mengajarkan apa yangg saya pelajari di MAP kepada rakan-rakan saya.

 
Sekarang saya sedang menunggu keputusan PMR 2008. Saya berdoa dan berharap saya mendapat 8A1 dalam PMR saya.  Jika rakan-rakan saya bertanya apakah rahsia saya, saya begitu bangga untuk mengatakan saya adalah anak didik Dr. Tengku Asmadi. Walau bagaimanapun, saya sangat bersyukur dengan apa yang saya peroleh hari ini. Semoga hari esok lebih cemerlang dari hari ini untuk kita semua umat Islam.
 

 
Akhir kata,
Daun selasih, daun melur;
Terima kasih kpd Dr.
 
 
Nurhafizah Ibrahim
Dari Shah Alam, Selangor.

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

Tiada diskusi buat masa sekarang

Kursus MAP di Johor Bahru 29 – 30 Nov 2008

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 01 Dec 2008 | Laman Bersekutu

Alhamdulillah, semalam saya telah berjaya menamatkan program Motivasi Alihan Pelajar di Johor Bahru.  Lebih 200 pelajar mengikutinya yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 5 hingga Universiti.  Pelajar-pelajar ada yang datang dari Melaka, Johor, Pahang, Singapura dan Sabah. Mereka sanggup datang dari dekat dan jauh semata-mata mahu menggali permata ilmu dalam program yang telah saya jalankan selama 14 tahun ini.

Kepada pelajar-pelajar, syabas saya ucapkan dan teruskan perjuangan hingga ke puncak jaya.

Anda boleh lihat lebih banyak gambar-gambar dengan KLIK DI SINI.

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

Tiada diskusi buat masa sekarang

Seterusnya »