Warga TAMRIN Menyumbang Kepada Balu Ustaz Khairuddin

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 15 Nov 2008 | Laman Bersekutu

Hari ini, 15 November 2008, saya bersama dengan Ustaz Ismail (AJK TAMRIN merangkap Pengerusi TAMRIN Perak) telah menziarahi balu Allahyarham Ustaz Khairuddin dan menyampaikan sumbangan derma sebanyak RM2035/- kepada beliau.

Sumbangan ini adalah hasil daripada derma kilat yang telah dibuat melalui SMS semalam.  Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga TAMRIN yang menyokong usaha murni ini.

Allahyarham Ustaz Khairuddin telah meninggal dunia apabila ditetak dalam kes samun stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak.  Beliau meninggalkan seorang isteri dan 6 orang anak.  Yang kecil baru berusia 5 bulan.

Semoga rohnya ditempatkan ditempat orang-orang yang solih dan semoga isterinya diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan membesarkan anak-anak yang masih kecil.

Untuk cerita yang lebih lanjut kunjungi laman web rasmi TAMRIN iaitu:

http://www.muslimtrainers.org

http://www.motivatormuslim.com

Selepas ini, jika ada sesiapa yang mahu menyumbang bolehlah terus masukkan derma ke akaun balu allahyarham iaitu:


Pn. Narjes binti Mokhtar (isteri Allahyarham)

Bank : Bank Muamalat
No. akaun : 0804-0026888-72-8

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

Tiada diskusi buat masa sekarang

Program MAP Cuti Sekolah

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 03 Nov 2008 | Laman Bersekutu

Cuti sekolah datang lagi.  Ibu bapa pastinya mula memikirkan apakah bentuk pengisian yang boleh diberikan kepada anak-anak mereka dalam cuti panjang ini.  Kalau kita tidak merancang apa-apa program untuk anak-anak maka masa mereka akan terbuang begitu sahaja.  Mereka akan habiskan masa depan TV, bermain permainan komputer, berinternet, bercit-cat dan sebagainya.

Kenapa tidak masukkan anak-anak ke Program Motivasi Alihan Pelajar yang saya jalankan dan dirancang sepanjang cuti sekolah ini mengikut lokasi dan tarikh di bawah ini:

TARIKH KURSUS MOTIVASI ALIHAN PELAJAR

Ipoh
Program Tahun 6, Pelajar Menengah dan Kolej
13 – 14 Disember 2008
New

Program Tahun 3, 4 dan 5 (Sekolah Rendah)
28 Feb – 1 Mac 2009
New

Kuala Lumpur Program Tahun 6, Pelajar Menengah dan Kolej
22 – 23 November 2008 (Cuti Sekolah) New
Johor Bahru 29 – 30 November 2008 New
Terengganu 25 – 26 Disember 2008 New
Kelantan 28 – 29 Disember 2008 New

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program Motivasi Alihan Pelajar sila semak laman rasminya di www.laman-map.com

Untuk membuat pendaftaran secara online pula sila lunsuri laman www.mindaplus.com/daftar

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

4 diskusi buat masa sekarang

Persediaan Sebagai Trainer

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 05 Oct 2008 | Laman Bersekutu

Catatan ini saya ambil dari blog Puan Sifu PTS.

Komen Saya:

Saya amat bersetuju dengan apa yang Puan Sifu cadangkan di sana. 
Malah perkara ini telah lama saya sampaikan kepada mentee-mentee saya. 
Saya beritahu mereka perkara yang sama iaitu untuk menjadi trainer yang
baik mereka perlu tahu melontar suara dan berlakon.  Malah mereka perlu
ada skrip ‘lembut lidah’.

Untuk makluman pengunjung laman, saya telah mempelajari asas-asas ini sewaktu
dibangku sekolah rendah lagi.  Ketika itu saya mewakili sekolah dalam
pertandingan drama pentas dan bakat ini juga telah saya bawa hingga ke
sekolah menengah.  Malah sempatlah menjadi pelakon drama terbaik
Peringkat Negeri ketika itu.

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

Tiada diskusi buat masa sekarang

Tanda-tanda Dia Menipu

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 24 Sep 2008 | Komunikasi

Artikel di bawah dipetik dari blog SifuPTS iaitu www.universitipts.com.

Apabila kita berkomunikasi dengan orang lain, atau melihat orang lain sedang berkomunikasi maka kita dapat mengenalpasti sama ada seseorang itu berkata benar atau sebaliknya.  Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang memerlukan kita lebih berhati-hati agar tidak diperdaya oleh si penipu.

Semakin banyak tanda-tanda di bawah dilakukan, semakin serius dustanya.

(i) Tangan memegang-megang leher dan tengkuk (ataupun tengkuk baju).

(ii) Mata terkelip-kelip lebih laju daripada biasa.

(iii) Bibir terkatup lebih rapat daripada biasa.

(iv) Bercakap dengan ayat yang terputus-putus.

(v) Tercari-cari perkataan. “Urmm… anu… anu…”

(v) Membuat pembetulan pada apa yang tadi dipercakapkannya. (Macam kes
Saifool tersalah sebut tarikh sewaktu bersumpah dalam masjid Kuala
Lumpur).

(vi) Mata tidak mahu memandang orang yang didustai (ataupun tidak mahu memandang tepat pada kamera).

(vii) Menyorokkan tapak tangan.

Kata Puan SiPTS lagi, “Saya juga pakar menangkap penipu (selepas banyak kali terkena tipu,
saya pun bersungguh-sungguh belajar dengan membeli dan membaca
buku-buku tentang tanda-tanda (traits) orang cuba menipu.”.

Semoga maklumat ini berguna bagi kita semua.

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

8 diskusi buat masa sekarang

Mirroring!

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 19 Sep 2008 | Laman Bersekutu

Dalam mazhab NLP diajar Teknik Mirroring bagi mewujudkan ‘instant rapport’.  Malah kita dapat lihat bahawa mereka yang berada dalam julat pemikiran yang sama (pada ketika itu) akan secara spontan  ‘mirror’ antara satu sama lain.  Ini dapat dilihat dalam gambar di bawah bagaimana PM dan TPM dalam keadaan yang sama frekuensi mindanya.

Gambar di atas menunjukkan kedudukan tubuh dan pergerakan badan PM umpama cermin kepada TPM.

Sebab itulah apabila kita bertemu dengan seseorang maka Teknik Mirroring boleh digunakan untuk mewujudkan kemesraan serta merta.  Apa yang boleh dicerminkan?

Cermin kedudukann, pergerakan, rentak nafas, mimik muka, intonasi suara, pilihan kata-kata, dan sebagainya.

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

2 diskusi buat masa sekarang

MAJLIS BERBUKA PUASA

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 13 Sep 2008 | Laman Bersekutu

 TAMRIN akan adakan Majlis Berbuka Puasa

 Tarikh :  24 September 2008

 Hari     :  Rabu

 Masa    :  6.30 – 8.30 petang

 Tempat :   Hotel De Palma, Ampang, Kuala Lumpur

 Kos       :  RM75/- seorang 

 Hubungi  Urusetia:  En. Rashid (016-5580719) atau En. Osman Affan (012-9028747)

TAMRIN tidak mengambil sebarang keuntungan atas majlis ini sebaliknya itulah kos yang dikenakan kepada kami oleh pihak Hotel De Palma untuk majlis tersebut.  Sebabnya kita akan diberikan tempat ekslusif ditepi kolam dan tidak bercampur dengan majlis yang lain.

Oleh itu sesiapa yang mahu menyumbang untuk memberi makan mereka yang berpuasa sila nyatakan jumlahnya kepada pihak urusetia.  InsyaAllah, sumbangan anda akan mendapat keberkatan Allah.

Turut hadir dalam Majlis Berbuka Puasa ini ialah Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, Ust. (Dr) Muhammad Uthman El-Muhammady,  Prof. Dato’ Hamdan Adnan, Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, dan ramai lagi.

Ini adalah masa untuk kita berjumpa dan membina jaringan. 

Jumpa di sana nanti.

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

1 diskusi buat masa sekarang

Isu-isu Berkaitan Dengan Remaja

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 01 Aug 2008 | Laman Bersekutu

Berikut adalah satu artikel yang baik yang saya petik dari laman web berikut:

http://www.psikologiperkembangan-remaja.blogspot.com

NOTA: Artikel ini bukan tulisan saya oleh itu sesiapa yang memetiknya di sini sila letakkan rujuk kepada pemili asalnya di alamat blog seperti yang tertera di atas.

Pada masa ini kita dapati ramai anak-anak remaja
yang menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah, iaitu
berkumpul di pusat-pusat hiburan, menghisap rokok, bersiar-siar di
Bandar dan sebagainya. Sesetengahnya ada yang terlibat dengan penyalah
gunaan dadah, mencuri, memasuki kumpulan haram dan kegiatan perlacuran.

Terdapat
juga remaja yang terlalu taksub dengan dunia percintaan. Dalam hal ini
mereka selalu menyamakan di antara persahabatan dengan percintaan dan
seterusnya percintaan dengan seks. Ramai di antara mereka terlibat
dalam perbuatan-perbuatan yang sumbang dan bersalahan di sisi agama.
Ada
juga yang menganggap jika terlalu tumpu pada pelajaran, mereka tidak
berkesempatan bergaul mesra dengan rakan-rakan sebaya mereka. Hal ini
menyebabkan mereka tercicir di dalam pelajaran mereka.

MASALAH REMAJA LARI DARI RUMAH

Masalah
remaja lari daripada rumah bukanlah sesuatu yang baru. Pelbagai usaha
telah dilakukan demi membendung gejala ini dari berleluasa. Kebanyakkan
remaja yang lari dari rumah mengikut kajian Polis Bukit Aman (November
1992/1993) ialah berumur di antara 14- 18 tahun.

Faktor-faktor yang menyebabkan anak-anak remaja lari dari rumah:
1) terasa malu dengan keluarga kerana sesuatu kegagalan.
2) Krisis dengan keluarga. Sesetengah keluarga ingin mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak.
3) Tidak dapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa sewaktu kecil.
4) Remaja mengalami tekanan jiwa kerana gagal memenuhi kehendak ibu bapa terhadap pencapaian pelajaran.
5) Rosak akhlak dan pernah menjadi mengsa rogol.
6) Degil dan tidak mendengar nasihat yang berguna daripada ibu bapa. Oleh itu ramai yang merajuk dan membawa diri.
7) Kemiskinan keluarga menyebabkan ramai yang mencari peluang pekerjaan di Bandar.
8) Terpengaruh dengan pujuk rayu teman.
9) Ditipu dengan ejen sosial yang berpura-pura untuk mendapatkan pekerjaan.
10) Sengaja ingin mendapatkan keseronokan dan kebebasan kehidupan di Bandar.

Bagaimanapun
terdapat juga para remaja yang pandai menjaga diri dan sanggup bekerja
setimpal dengan kelulusan mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan
penting bagi mencegah berlakunya masalah ini dari berleluasa.

CARA-CARA MELAYANI DAN MENGATASI PERGOLAKAN JIWA REMAJA

Ibu bapa bertangungjawab untuk memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak remaja.

Ibu bapa perlu peka dengan permasalahan konflik jiwa remaja dan sering menaihati mereka.
Ibu bapa dan guru perlu mengelakkan pilih kasih semasa membimbing remaja.
Anak remaja yang di alam percintaan ibu bapa bertanggungjawab menyelidiki pasangannya itu.
Ibu bapa perlu memahami ilmu tentang jiwa remaja
Jangan
meletakkan harapan yang tinggi kepad anak remaja tetapi sentiasa
memberi dorongan dan semangat dengan kebolehan yang sesuai dengan
mental mereka.
Wujudkan komunikasi yang
baik antara ibu bapa dan remaja itu sendiri agar tiada jurang. Berikan
peluang kepada remaja untuk melontarkan idea mereka.

SEKSUALITI REMAJA

Pertumbuhan
intelelektual, moral serta spiritual biasanya diiringi dengan
kemunculan seksualiti mereka. Sarrel dan Sarrel (1979) menamakan konsep
ini sebagai sexual unfolding. Remaja membentuk identifikasi seksual dan
meningkatkan keupayaan terhadap kematangan emosi dan seksual:

1) Perubahan peringkat pada tubuh badan
2)
Kemampuan untuk mengatasi atau mengubah perasan bersalah, kebimbangan
zaman kanak-kanak terhadap pemikiran dan tingkah laku sosial.
3) Peleraian satu iktan emosi yang utama dengan ibu bapa atau penjaga
4)
Belajar mengenai keseronokan erotik atau rasa berahi dan
ketidakselesaannya serta mampu membincangkan soal ini dengan
teman-teman.
5) Penyelesaian konflik dan kekeliruan mengenai orientasi seksual.
6) Peningkatan sebagai seorang yang berkemampuan seksual dan kedudukan seks dalam kehidupan.
7) Ke arah tanggungjawab terhadap pasangan ,diri, dan masyarakat
8) Peningkatan keupayaan dalam bentuk kasih sayang.

HUBUNGAN SEKS LUAR NIKAH

Pengalaman
pertama remaja biasanya dipenuhi dengan perasaan cemas, takut dan
kerisauan. Hal ini kadang-kadang terbawa sehingga ke peringkat
pertengahan dan akhir remaja.

Dalam
kajian tahun 1980 Zelnick dan Kantner melaporkan bahawa lebih daripada
50% remaja Amerika syarikat pernah melakukan hubungan seks.
Secara
puratanya di sekitar usia 16 tahun. Tidak menjadi sesuatu yang luar
biasa untuk mendapati remaja berusia 13 dan 14 tahun aktif secara
seksual dalam melakukan hubungan kelamin.
Satu
perkara yang tidak dapat dielakkan apabila remaja menggunakan kegiatan
seksual sebagai cara untuk menarik perhatian masyarakat atau ibu bapa.
Penyakit pindahan seksual juga dikenali dengan nama panggilan singkatan STD .
Amerika,
gonorea lebih biasa dihadapi oleh golongan remaja belasan tahun
daripada kelompok kelas pertengahan. Siflis pula ebih ketara di
kalangan remaja daripada kelompok rendah.
Usia jangkitan paling tinggi ialah kepada mereka yang berusia antara 15-24 tahun.

BEBERAPA MASALAH BERKAITAN REMAJA

Para
remaja dikatakan menghadapi masalah menerima bentuk tubuhnya yang baru.
Disamping masalah psikologikal ini, para remaja juga menghadapi
masalah-masalah yang berbentuk fisiologikal yang perlu mereka atasi
sendiri.

Bagi remaja wanita, haid adalah
sesuatu proses yang normal tetapi seringkali menyebabkan
ketidakselesaan pada mereka. Kadangkala ia berlaku dengan diiringi oleh
perasaan seperti kemurungan, keletihan, kelesuan dan kemarahan.
Satu
lagi masalah yang dihadapi oleh remaja ialah masalah berat badan.
Masalah ini terjadi dalam dua bentuk, pertama ialah keadaan badan yang
gemuk dan kedua, keadaan badan yang terlalu kurus. Bagi remaja yang
tidak dapat mengawal kehendak makanan, mereka akan menghadapi masalah
Bulimia.

Beberapa masalah kecil sentiasa
menjadi tumpuan kepada remaja. Ketumbuhan jerawat sering berlaku di
zaman remaja dan mereka amat sensitif akan perkara ini. Jerawat
merupakan sesuatu yang menghodohkan rupa mereka dan perkara ini sering
di perbesar-besarkan.

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

6 diskusi buat masa sekarang

Buku TMACP dipamerkan di MPH

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 15 Jul 2008 | Laman Bersekutu

Semalan ketika berjalan-jalan dengan keluarga di Kinta City, Ipoh, saya terpandang ruang pameran kaca di bahagian depan MPH. Apa yang menarik perhatian saya ialah buku kedua tulisan saya iaitu Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif (TMACP) telah diberikan ruang di situ.

Memang bangga sungguh rasanya dan rasa syukur menyelinap dikalbu. Ia juga menaikkan semangat saya untuk menyiapkan buku ketiga pula.

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

Tiada diskusi buat masa sekarang

Penyediaan Modul Latihan

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 12 Jul 2008 | MAP Di Sana Sini

Sejak beberapa minggu ini saya telah diamanahkan untuk merangka Modul Latihan untuk Kepimpinan Siswa. Menariknya pula ada beberapa Syarikat Perunding yang lain turut diberikan tanggungjawab yang serupa. Melihat hasil yang telah dikemukakan oleh syarikat perunding yang berusia setahun jagung ini membuatkan saya terfikir betapa pentingnya Pertubuhan TAMRIN diwujudkan segera kerana perkara yang paling asas dan penting sebegini pun tidak mampu dilakukan dengan baik oleh mereka yang bergelar trainer.

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

12 diskusi buat masa sekarang

Aktiviti Kem Motivasi yang Syariah-Compliant

Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 11 Jul 2008 | Laman Bersekutu

Artikel di bawah ini dipetik dari laman web Sifu PTS iaitu

http://universitipts.com

Pasaran kem-kem motivasi semakin hari semakin besar di negara ini. Permintaan baginya semakin meningkat. Hasilnya, semakin banyak individu terjun ke dalam pasaran ini dengan menjadi fasilitator dan motivator kem-kem motivasi.

Kita belum mempunyai pusat latihan di mana seseorang itu boleh belajar cara-cara yang betul menjalankan sesi motivasi. Akibatnya, majoriti yang kini menggelarkan diri mereka ‘fasilitator’ dan ‘motivator’ sebenarnya menjalankan tugas-tugas mereka dengan menonong tanpa pengetahuan saintifik dan sistematik.

Dalam kem-kem motivasi yang sekarang banyak dijalankan, ada jenis-jenis aktiviti dan game yang dicipta oleh pakar-pakar Barat yang tidak sesuai dengan peraturan agama Islam. Sebagai contoh, antara aktiviti yang digunakan di Biro Tatanegara (BTN) terdapat aktiviti-aktiviti bagi sesi latihan dalam kumpulan (LDK) yang tidak syariah-compliant.

Banyak fasilitator yang sekarang ini mengendalikan bisnes kem-kem motivasi negara kita adalah bekas-bekas fasilatator BTN, ataupun bekas peserta BTN. Mereka cenderung menggunakan apa yang mereka pelajari daripada BTN apabila mereka sendiri mengendalikan kem-kem motivasi, termasuk game dan aktiviti BTN yang tidak syariah-compliant.

Justeru trainers dan motivator Islam perlu berhati-hati apabila meniru ataupun menggunakan game dan aktiviti ciptaan Barat.

Ambil sebagai contoh aktiviti yang diberi nama “fish-bowl” dalam bahasa Inggerisnya. Aktiviti “fish-bowl” adalah tidak syariah-compliant tetapi aktiviti ini digunakan dengan meluas dalam kem-kem motivasi yang dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator amatur kita.

Dalam aktiviti “fish-bowl” ini, semua peserta duduk membuat bulatan. Kemudian seorang peserta disuruh duduk di tengah-tengah bulatan. Kemudian, satu-demi-satu peserta lain akan memberi komen-komen positif (sifat-sifat baik) dan negatif (sifat-sifat buruk) terhadap peserta itu. Ini dilakukan sehingga semua peserta menerima giliran duduk di tengah-tengah bulatan itu dan dikritik oleh setiap peserta lain.

Dalam Islam, kita tidak dibenarkan mengkritik peribadi, yakni mendedahkan kelemahan dan keburukan orang lain, kerana perbuatan itu menjatuhkan maruah orang itu di hadapan orang lain. Nabi Muhammad tidak pernah menjatuhkan air muka orang di depan khalayak.

Banyak aktiviti dan game yang digunakan oleh para fasilitator Melayu-Islam dalam kem-kem motivasi mempunyai ciri-ciri yang tidak syariah-compliant.

Ramai peserta kem motivasi adalah beragama Islam, oleh itu modul yang disediakan bagi mereka hendaklah selaras dengan hukum-hukum Islam, yakni modul yang syariah-compliant. Modul seperti itu juga sesuai untuk peserta bukan Islam.

Nota: Bagi pembaca Islam, bacakanlah selawat dan salam setiap kali terbaca nama ‘Nabi Muhammad’.

KOMEN SAYA:

Mengikut pengalaman saya yang telah berkecimpung selama 15 tahun dalam bidang training ini apa yang dijelaskan oleh Puan Sifu PTS itu memang benar sekali. Sifat terikut-ikut itu ada baiknya tetapi ia perlulah sesuai dengan acuan kita. Jangan kita ambil sesuatu itu secara membuta tuli tanpa membuat sebarang analisis. Lebih buruk lagi apabila ada trainer yang cedok sana cedok sini. Daripada beberapa program yang pernah dia hadiri dicampuradukkan pengisiannya bagi menghasilkan satu modul training yang kononnya miliknya sendiri. Tindakan sebegini lagi bahaya dan amat merosakkan.

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

1 diskusi buat masa sekarang

« Sebelum - Seterusnya »