Rezeki Datang Tanpa Diduga

November 8, 2007 by Dr. Tengku Asmadi
Filed under: Pengumuman 

Buku Motivasi Alihan PelajarSemalam ketika pulang ke rumah saya menerima panggilan daripada seseorang yang memperkenalkan dirinya daripada Perpustakaan Negara Malaysia.  Katanya pihak PNM mahu membeli buku Motivasi Alihan Pelajar yang ditulis oleh saya dan diterbitkan oleh pihak PTS Millennia Sdn. Bhd.  Pihak PNM tidak mahu mendapatkannya daripada pihak penerbit sebaliknya mereka mahu membelinya terus dari saya sebagai penulis.  Saya kata tiada masalah dan bertanya berapa nashkah yang dimahukan.  Kata beliau 1039 nashkah, alhamdulillah inilah yang dikatakan rezeki terpijak.Yang lebih saya seronok lagi ialah apabila pihak PNM membeli dan mengedarkannya ke seluruh Perpustakaan Negeri maka berpeluanglah anak-anak luar bandar menggarap ilmu dan pengalaman yang saya tulis dalam buku tersebut.Ini merupakan satu motivasi kepada saya sendiri untuk terus menulis dan mendidik anak bangsa.  Nantikan buku kedua saya yang sedang ditulis dan akan diterbitkan untuk dilancarkan pada Pesta Buku 2008 nanti yang berjodol: ”TEKNIK BERKESAN MEMOTIVASIKAN ANAK”  

Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com
Kongsikan Dengan Semua : These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • BlogMemes
  • BlogMemes Cn
  • Digg
  • MisterWong
  • Technorati
  • YahooMyWeb

Comments

3 Comments on Rezeki Datang Tanpa Diduga

  1. ZaifulJUARA on Sun, 30th Dec 2007 3:41 pm
  2. Assalamualaikum Dr.

    Ibubapa adalah bertanggungjawab dalam menanamkan ciri-ciri positif kepada anak-anak mereka. Adakah ibubapa membimbing dan membentuk anak-anak mereka dengan ciri-ciri seorang yang boleh dianggap JUARA dalam bidang-bidang yang positif.

    Mungkin buku terbaru Dr boleh memberi contoh-contoh bagaimana ibubapa dapat membentuk nilai-nilai seorang JUARA kepada anak-anak mereka. Anak-anak kita adalah pewaris kepada tanahair yang kita cintai.

    Terima kasih.

  3. Noordin on Sun, 6th Jan 2008 7:56 am
  4. Tahniah atas pembelian dari PNM tu. Usaha saudara mendapat penghargaan yang sewajarnya. Saya ada menulis buku Prinsip Kejayaan Seorang Mahasiswa. Boleh tahu siapa yang hubungi saudara dari PNM agar saya dapat terus hubungi beliau.

  5. Dr. Tengku Asmadi on Mon, 7th Jan 2008 5:52 am
  6. Terima kasih. Sebenarnya pihak PNM yang menghubungi saya sendiri. Malah ramai lagi penulis-penulis buku di bawah penerbit PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. yang berjaya mendapat tempahan ini.

    Saya sarankan tuan berhubung dengan pihak PTS dan terbitkan buku dengan mereka. PTS banyak membantu saya dari aspek teknikal, idea dan promosi.

Tell me what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!