Majlis Dialog dan Ramah Mesra TAMRIN
Pada 28 Mac 2008, Majlis Dialog dan Ramah Mesra Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) telah berjaya diadakan. Lebih daripada 40 orang telah menghadirinya dan terdapat juga rakan-rakan media dari Berita Harian, Harian Metro, NSTP, Karangkraf dan Radio24 yang turut serta.
Ustaz Zamri Zainal Abidin menjadi Pengerusi Majlis. Beliau juga merupakan Naib Presiden TAMRIN.
Ustaz Ahmad Shukri memulakan majlis dengan bacaan doa.
Meja VIP kelihatan Prof. Dato’ Mohd. Hamdan Adnan, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah dan Ustaz (Dr.) Muhammmad Uthman el-Muhammady.
Dr. Tengku Asmadi yang juga merupakan Presiden TAMRIN memberikan ucapan. Beliau menekankan tentang tujuan diwujudkan pertubuhan, misi dan visi.
Prof. Dato’ Mohd. Hamdan Adnan menerangkan tentang pentingnya seseorang perunding mendapat pertauliahan bagi menjaga etika kerja, tahap profesionalisma, kualiti dan kredibiliti mereka.
Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah yang merupakan Penasihat Tetap TAMRIN menjelaskan pentingnya bersatu hati disamping kebaikan-kebaikan yang bakal diperolehi apabila semua perunding latihan dan motivasi bersatu. Beliau turut melontarkan idea tentang pembentukan konsortium dan yayasan amal.
Para tetamu begitu kusyuk mendengar setiap taklimat yang disampaikan.
Makanan yang telah sedia dihidang menunggu para perunding untuk menikmatinya.
Sidang Media untuk memberi peluang kepada para wartawan dan rakan media membuat liputan.
Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com
Comments
Tell me what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!









