MAJLIS BERBUKA PUASA
TAMRIN akan adakan Majlis Berbuka Puasa
Tarikh : 24 September 2008
Hari : Rabu
Masa : 6.30 - 8.30 petang
Tempat : Hotel De Palma, Ampang, Kuala Lumpur
Kos : RM75/- seorang
Hubungi Urusetia: En. Rashid (016-5580719) atau En. Osman Affan (012-9028747)
TAMRIN tidak mengambil sebarang keuntungan atas majlis ini sebaliknya itulah kos yang dikenakan kepada kami oleh pihak Hotel De Palma untuk majlis tersebut. Sebabnya kita akan diberikan tempat ekslusif ditepi kolam dan tidak bercampur dengan majlis yang lain.
Oleh itu sesiapa yang mahu menyumbang untuk memberi makan mereka yang berpuasa sila nyatakan jumlahnya kepada pihak urusetia. InsyaAllah, sumbangan anda akan mendapat keberkatan Allah.
Turut hadir dalam Majlis Berbuka Puasa ini ialah Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, Ust. (Dr) Muhammad Uthman El-Muhammady, Prof. Dato’ Hamdan Adnan, Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, dan ramai lagi.
Ini adalah masa untuk kita berjumpa dan membina jaringan.
Jumpa di sana nanti.
Idea & Tulisan Oleh :Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com
Comments
One Comment on MAJLIS BERBUKA PUASA
-
Mohammed Zakir Husin on
Thu, 25th Sep 2008 1:07 am
Assalamualaikum YM Tengku Asmadi,
Ribuan terima kasih atas kesudian menerima saya untuk hadir ke majlis ini walaupun saya masih belum bergelar trainer atau motivator. Majlis tersebut banyak memberi manfaat kepada saya.
Saya sebenarnya dipertanggungjawabkan sebagai Pegawai Penyelaras Program Pembasmian Kemiskinan Bandar di Majlis Daerah Kuala Selangor. Program ini disediakan oleh Kementeria Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan sedang memasuki fasa kedua. Kebetulan pada sebelah pagi saya hadir mesyuarat di KPKT membincangkan tentang bentuk latihan dan program motivasi yang sesuai untuk golongan miskin bandar agar mereka ini boleh terus berusaha keluar dari kelompok miskin bandar.
Setiap PBT di Malaysia diminta untuk mengadakan kertas kerja untuk menjalankan program motivasi dengan membuat cadangan kepada pihak kementerian berkenaan dengan perancangan program tersebut termasuklah penceramah dan trainer. Di Malaysia terdapat 144 buah PBT yang diminta untuk melaksanakan program ini. Saya melihat ini merupakan satu peluang yang tidak harus dilepaskan oleh ahli-ahli TAMRIN.
Kita mungkin boleh menyediakan modul motivasi yang sesuai dengan golongan ini. Kemudian kemukakan kertas cadangan samada kepada semua PBT atau mungkin terus kepada pihak KPKT sendiri.
Wassalam
Tell me what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!









