Persediaan Sebagai Trainer
Catatan ini saya ambil dari blog Puan Sifu PTS.

Komen Saya:
Saya amat bersetuju dengan apa yang Puan Sifu cadangkan di sana.
Malah perkara ini telah lama saya sampaikan kepada mentee-mentee saya.
Saya beritahu mereka perkara yang sama iaitu untuk menjadi trainer yang
baik mereka perlu tahu melontar suara dan berlakon. Malah mereka perlu
ada skrip ‘lembut lidah’.
Untuk makluman pengunjung laman, saya telah mempelajari asas-asas ini sewaktu
dibangku sekolah rendah lagi. Ketika itu saya mewakili sekolah dalam
pertandingan drama pentas dan bakat ini juga telah saya bawa hingga ke
sekolah menengah. Malah sempatlah menjadi pelakon drama terbaik
Peringkat Negeri ketika itu.









