Testimonial Pelajar PMR 2009 – Siti Aisyah, Kota Kinabalu, Sabah
Assalamualaikum Dr,.
Saya, Siti Aisyah, merupakan bekas pelajar Motivasi Alihan Pelajar (MAP) yang telah diadakan buat pertama kalinya di Dewan Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah.
Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr.,dan tenaga kerja MAP Training yang telah banyak mendorong saya untuk berjaya. Malah saya adalah seorang pelajar yang telah bercakap di depan sewaktu Majlis Penutup Kursus tempoh hari. Susulan dari itu saya memperolehi keyakinan dan telah terpilih menjadi pelapis kepada Pasukan Bahas di sekolah saya. Sebelum MAP saya bukanlah orang yang berani melakukannya.
Dari segi pencapaian akademik pula, dulu saya sering mendapat nombor 20 ke atas. Tetapi selepas menghadiri MAP, dalam Peperiksaan Percubaan Pertama PMR 2009, saya mendapat kedudukan ke -11 dalam kelas dengan gred 4A 4B dan 1D. Dalam Peperiksaan Percubaan Kedua pula saya menduduki tempat ke-4 dengan pencapaian 5A 4B. Alhamdulillah, peningkatan pencapaian yang drastik itu membuatkan keyakinan saya melonjak untuk berhadapan dengan PMR yang sebenar dan syukur alhamdulillah saya telah mendapay 9A dalam keputusan peperiksaan PMR 2009 yang telah diumumkan baru-baru ini.
Satu sekolah terkejut dengan pencapaian saya ini dan saya sendiri tidak menjangkakannya. Keputusan ini tidak mungkin mampu saya realisasikan tanpa program MAP dan bantuan orang sekeliling. Terima kasih semua dan terima kasih MAP.
Testimonial Pelajar
Siti Aisyah
Kota Kinabalu, Sabah.
ctaisyahhamidon@yahoo.com.my















