Pelajar Pribumi MAP dapat 5A UPSR

Wedismay Nizhien a/p Toni ( Lahir pada hari Rabu 1hb Mac) anak sulung dari 3 beradik, Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, tinggal dalam keadaan daif di perkampungan orang Asli yang mana bapanya hanya bekerja sebagai Nelayan Lombong. Beliau seorang yang tabah dan tekun belajar, rahsia besar kejayaannya belajar mengikut jadual yang dibinanya sendiri dirumah.
Dikala ibubapanya mencari nafkah beliau menjaga adik-adiknya yang masih kecil sambil buku ditangan. Beliau juga pernah mengikuti kursus Motivasi Alihan Pelajar anjuran MAP Training & Consultancy pada bulan Mac 2008 yang lalu. Beliau juga aktif dalam sukan Bola Jaring, Hoki, Olahraga, Bolabaling mewakili sekolah-sekolah Perak Tengah. Disamping itu ayahnya mengharap agar anaknya dapat bersekolah diasrama penuh MRSM Pasir Salak . Ia menjadi suatu tamparan bagi anak-anak kita yang mendapat pendidikan yang secukupnya dan kemewahan yang sedia ada. Renungkanlah.
Sumber: http://paspasirsalak.blogspot.com/2008/11/pelajar-5a-upsr-dikalangan-kaum.html

Pada 31 Mac 2008 saya telah dijemput oleh pihak BERNAMA TV untuk menjadi tetamu dalam rancangan Helo Malaysia yang dikendalikan oleh Dr. Luv (Dr. Azahari). Bersama dengan saya adalah sahabat saya iaitu Dr. Ismail Zain yang dikenali dengan Seminar ADaP yang dijalankan olehnya bersama Utusan Malaysia. Topik yang dibincangkan juga menarik iaitu ‘Cintakan Ilmu’. Dr. LUV cukup berminat dengan topik-topik yang berkaitan dengan CINTA sebab itu adalah bidang kepakarannya. Dalam rancangan ini saya juga ada menekankan betapa pelajar-pelajar kita hari ini begitu obses untuk mendapat Straight A dan kisah Sufiah Yusof, iaitu pelajar Genius Matematik, yang akhirnya terlibat dalam lembah pelacuran juga turut saya kupas.





