Archive for the 'Pengumuman' Category

Dapat Durian Runtuh

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Jul 05 2008 | Pengumuman

Alhamdulillah, semalam saya ke PTS kerana membincangkan tentang bentuk latihan yang mahu diberikan kepada pemimpin-pemimpin pelajar Negeri Selangor.  Selepas itu PTS menyerahkan penyata royalti untuk buku Motivasi Alihan Pelajar tulisan saya bagi jualan sehingga 31 Disember 2007.  Terkejut, memang saya terkejut apabila menerima jumlah royalti yang bukan sedikit hasil daripada buku pertama ini.

Berikut adalah artikel yang saya petik dari laman Chairman PTS iaitu Puan Ainon di www.universitipts.com

Royalti 2007

no comments for now

Calon bagi Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian-Popular 2008

Posted by Dr. Tengku Asmadi on May 09 2008 | Pengumuman

Alhamdulillah saya telah dicalonkan untuk anugerah pilihan pembaca Berita Harian – Popular. Saya tidak pasti bagaimana pilihan pencalonan ini dilakukan tetapi satu perkara yang pasti ialah ia satu motivasi kepada saya yang baru berkecimpung dalam bidang penulisan ini.

3 comments for now

Buku Terbaru! Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif

Posted by Dr. Tengku Asmadi on May 05 2008 | Pengumuman

PTS Millennia Sdn. bhd. baharu sahaja menerbitkan buku terbaru saya berjudul Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif.

Maklumat mengenai buku ini adalah seperti berikut :

Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif
Pengarang : Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM 15
ISBN : 978-983-3604-93-7;

Sinopsis :

Buku ini bertujuan berkongsi pengalaman dan memberikan panduan kepada ibu bapa, teknik memotivasikan dan membimbing anak-anak. Adalah mustahil menjadi ibu bapa yang sempurna tetapi tidak mustahil berusaha ke arah kesempurnaan itu. Ia sesuatu yang dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Buku ini boleh didapati di e-Kedai.net Kedai Buku Online Anda (Klik Di Sini) ataupun kedai-kedai buku besar berdekatan Anda.

Dapatkan dan jadilah antara orang yang pertama memiliki buku ini.

no comments for now

Rezeki Datang Tanpa Diduga

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Nov 08 2007 | Pengumuman

Buku Motivasi Alihan PelajarSemalam ketika pulang ke rumah saya menerima panggilan daripada seseorang yang memperkenalkan dirinya daripada Perpustakaan Negara Malaysia.  Katanya pihak PNM mahu membeli buku Motivasi Alihan Pelajar yang ditulis oleh saya dan diterbitkan oleh pihak PTS Millennia Sdn. Bhd.  Pihak PNM tidak mahu mendapatkannya daripada pihak penerbit sebaliknya mereka mahu membelinya terus dari saya sebagai penulis.  Saya kata tiada masalah dan bertanya berapa nashkah yang dimahukan.  Kata beliau 1039 nashkah, alhamdulillah inilah yang dikatakan rezeki terpijak.Yang lebih saya seronok lagi ialah apabila pihak PNM membeli dan mengedarkannya ke seluruh Perpustakaan Negeri maka berpeluanglah anak-anak luar bandar menggarap ilmu dan pengalaman yang saya tulis dalam buku tersebut.Ini merupakan satu motivasi kepada saya sendiri untuk terus menulis dan mendidik anak bangsa.  Nantikan buku kedua saya yang sedang ditulis dan akan diterbitkan untuk dilancarkan pada Pesta Buku 2008 nanti yang berjodol: ”TEKNIK BERKESAN MEMOTIVASIKAN ANAK”  

3 comments for now

Bertemu Dengan Prof. Edward De Bono

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Aug 28 2007 | Pengumuman

Petang semalam di Hotel Mandarin Oriental, K. Lumpur, saya telah berpeluang menghadiri seminar tentang Islamic Banking. Salah seorang penceramah jemputannya ialah Edward De Bono seorang pemikir yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pastinya kehadiran beliau bukan untuk memperkatakan tentang perbankkan tetapi tentang proses-proses pemikiran.

Orang yang berfikiran lateral biasanya akan tonjolkan imej yang sedikit berbeza dan pelik. Mungkin tidak ramai yang menyedarinya semalam tetapi mata saya memang tajam, cuba lihat gambar di bawah ini apa yang lainnya pada diri beliau?

Jawapannya ialah sepasang stokinnya yang merah menyala! Sedangkan hampir semua orang berstokin hitam sebab mahu dipadankan dengan kasut hitam.

Saya sempat bersembang dengan beliau sebelum bermulanya seminar dan dalam masa yang pendek banyak perkara yang saya pelajari. Menariknya ialah apabila beliau menegaskan bahawa 90 peratus kesilapan yang dilakukan oleh otak kita adalah disebabkan oleh persepsi. Beliau juga menekankan bagaimana persepsilah yang membentuk emosi. Idea-idea ringkas ini akan saya kembangkan dalam buku ketiga saya nanti yang berjodol ‘Sikap Penentu Kejayaan’.

1 comment for now

Bengkel Rias RAPI

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Aug 26 2007 | Pengumuman

Sebelum ke Alamanda, Putrajaya saya telah dijemput untuk memberikan ceramah bertajuk Cantik Di Luar Cantik Di Dalam oleh pihak penerbitan Majalah RAPI, Karangkraf. Bengkel ini berlangsung di Hotel Plaza, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Peserta benkel ini semuanya kaum wanita sahaja sebab tiada lelaki yang suka belajar tentang aspek menghias dan merapi diri ini. Di Malaysia tidak ramai golongan lelaki yang boleh dikategorikan sebagai meteroseksual.

Kepada pihak Karangkraf kalau berpeluang bolehlah jemput saya lagi. Masa 45 minit yang diperuntukkan terasa begitu pantas berlalu. Tetapi saya sememangnya mesti habiskan cepat sebab selepas itu terus bergegas ke Alamanda di Putrajaya pula.

4 comments for now

Pelancaran Laman Web dan Bicara Penulis di MPH Alamanda

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Aug 26 2007 | Pengumuman

Pada 25 Ogos 2007, Sabtu, 2.30 petang telah berlangsung pelancaran laman web motivasialihanpelajar.com dan Bicara Penulis di ruang legar Alamanda, Putrajaya. Aktiviti ini adalah hasil kerjasama pihak pengurusan PTS dan MPH. Biasalah orang kita ini, walau pun ramai yang ada di kawasan sekitar pentas mereka sekadar tengok jauh-jauh dan sekejap-sekejap sahaja. Sistem suaranya agak kurang baik antra sebab ramai yang tidak begitu menyedari apa yang berlaku.

Apa-apa pun ia adalah satu aktiviti yang berjaya dan patut diteruskan. Terima kasih kepada pihak PTS Millinnea Sdn. Bhd. terutamanya saudara Fauzul, Ikram, Wanzu dan tim. Nanti bila sudah dapat royalti buku tahun depan saya pula yang belanja makan.

Yang seronoknya selepas pelancaran dan makan-makan sempat pula bermain boling. Nampaknya tim PTS kena berlatih lebih keras untuk tewaskan saya dalam acara ini.

no comments for now