Lagi.. Testimonial Bekas Pelajar Motivasi MAP
Nama: Azi Azeyanty Binti Jamaludin
No Tel: 05-4506122 (office)
Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh,
Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai bekas pelajar MAP di Ipoh. Saya mula menyertai motivasi ini ketika ianya belum lagi begitu dikenali. Pertama kali pada 1999 dan seterusnya pada 2001 dan 2003. Alhamdulillah, segala apa yang telah ditunjuk ajar oleh Dr. Tengku Asmadi telah saya aplikasikan dengan baik. Insyaallah.
Terus-terang saya katakan saya bukanlah seorang pelajar yang cemerlang ketika di sekolah rendah. Bukan itu sahaja, bahkan keyakinan diri juga lemah. Namun setelah saya menyertai motivasi ini keyakinan diri saya semakin bertambah. Keputusan peperiksaan juga semakin cemerlang.
Alhamdulillah, sepanjang 5 tahun saya bergelar pelajar sekolah menengah, saya telah berjaya membuktikan bahwa saya boleh setanding dengan rakan-rakan sebaya saya yang lain.
Antara kejayaan saya ketika itu ialah pelajar terbaik Tingkatan 1 dan 2, antara pelajar terbaik PMR (8A), pelajar terbaik Tingkatan 4 dan antara pelajar terbaik SPM (5A). Saya juga pernah diberi amanah untuk menyandang jawatan Penolong Ketua Pengawas, pernah menjadi Pendebat Terbaik (BM dan BI), pelajar contoh dan banyak lagi.
Alhamdulillah, semua ini dengan berkat bimbingan dari Dr., doa ibu bapa saya dan usaha serta tawakal dari saya sendiri.
Usaha saya tidak berakhir di sekolah menengah. Baru-baru ini pada bulan Julai 2008. Saya telah berjaya menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda saya dengan Kepujian Kelas Pertama. Saya juga berjaya mendapat Pingat Emas dan juga Graduan Terbaik Program dengan beberapa pengiktirafan daripada universiti, kerajaan negeri dan juga pihak antarabangsa atas aktiviti-aktiviti yang telah saya sertai sepanjang bergelar mahasiswi. Kini pada umur saya 22 tahun, saya telah menyandang jawatan sebagai tutor biology (Genetics) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)..
Insyaallah saya akan meneruskan perjuangan saya pada bulan Julai tahun ini (Master dan Ph.D) dan jika tiada aral bakal bergelar pensyarah dalam masa 5 tahun lagi. Doakan saya.
Bukan niat saya untuk bermegah tetapi saya berharap pengalaman saya ini sedikit sebanyak berjaya memberikan inspirasi dan juga membangkitkan semangat untuk adik-adik serta bakal pelajar MAP untuk menyertai motivasi ini dan seterusnya bangun untuk meneruskan perjuangan dengan lebih bersemangat.
Sekian, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca coretan saya.
Nota:
Dr., saya sebenarnya berminat hendak mengikuti aktiviti-aktiviti yang MAP anjurkan. Dr. hubungilah saya sementara belum pergi luar negara ini.





