Bantahan Rasmi Penyiaran Video FITNA

Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia atau singkatannya TAMRIN dalam proses penubuhannya. TAMRIN digagaskan dalam pertemuan kali pertama protemnya pada 8 Februari 2008.Dalam pertemuan tersebut, seramai lebih daripada 15 orang para perunding latihan dan motivasi tersohor negara berkumpul di Wisma Belia MAYC, Kuala Lumpur bagi berbincang mengenai penubuhan dan hala tujunya.
Alhamdulillah semua bersetuju dan perbincangan mengenai undang-undang tubuh pertubuhan serta penubuhan jawatankuasa TAMRIN yang pertama. Dalam pertemuan tersebut dipersetujui lantikan JK TAMRIN 1 adalah seperti berikut :
PENASIHAT TETAP : DATO’ DR. MOHD FADZILAH KAMSAH
PENASIHAT : DR. (KEHORMAT) UTHMAN EL-MUHAMMADI
PRESIDEN : DR. TENGKU ASMADI BIN TENGKU MOHAMAD
TIMBALAN PRESIDEN : DR. DANIAL BIN ZAINAL ABIDIN
NAIB PRESIDEN I : ZAMRI ZAINAL ABIDIN
NAIB PRESIDEN II : DR. SHARIFAH HAYAATI BINTI SYED ISMAIL
SETIAUSAHA : AHMAD FADZLI YUSOF
BENDAHARI : OSMAN AFFAN
AHLI JAWATAN KUASA : KAMAL AFFANDI HASHIM
AHLI JAWATAN KUASA : MOHAMMAD YUSOF BIN ABAS
AHLI JAWATAN KUASA : PROF. MADYA DR. SYED ABDULLAH BIN SYED OTHMAN
AHLI JAWATAN KUASA : DR. SURIYAKHATUN OSMAN
AHLI JAWATAN KUASA : NIK SALIDA SUHAILA BINTI NIK SALEH
AHLI JAWATAN KUASA : NAIM NIAMAT
AHLI JAWATAN KUASA : MOHD. ISMAIL BIN HJ. SALEH, AMN, PJK.
AHLI JAWATAN KUASA : BADLI SHAH BIN ALAUDDIN
AHLI JAWATAN KUASA : FAUZUL NA’IM ISHAK
AHLI JAWATAN KUASA : TN. HJ. MOHD. SHUKRI BIN HAJI ALI
Pihak TAMRIN menjemput sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli TAMRIN ke majlis Hi Tea Bersama TAMRIN berdasarkan butiran berikut :
Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh rujuk laman web TAMRIN di www.motivatormuslim.com. Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi Sdr Osman Affan. Yuran untuk hi-tea ini ialah RM100 sahaja.
Artikel ini adalah wawancara wartawan dengan Dr. Tengku Asmadi dan telah diterbitkan dalam Harian Metro, Rabu, 19 Mac 2008.
Oleh Noriah Idris
noriah@hmetro.com.my
ADA yang bertanya mengapa wujudnya istilah ‘jiwa kosong’ dalam diri anak? Apakah ibu bapa terlalu menumpukan perhatian mengejar kebendaan sehingga mengabaikan anak?
Ada pihak menyalahkan bapa yang terlalu tegas atau garang sehingga anak tiada masa menikmati zaman kanak-kanak.
Bagi ibu bapa bekerja, mereka hanya mempunyai lima hingga 10 minit berkomunikasi dengan anak. Bakinya, apabila ibu bapa pulang ke rumah, anak masuk ke bilik masing-masing.
Anak pula terperap di bilik dan tidak berlaku proses komunikasi antara ayah dengan anak. Ini menyebabkan hubungan antara anak dengan ibu bapa semakin renggang.
Apabila kemesraan tiada, senang bagi anak mencari rakan sebaya di luar sehingga mengundang pelbagai masalah lain.
Perunding motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, berkata apabila ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya, anak akan mencari jalan keluar mengisi kesepian bertemu rakan atau mencari hiburan lain menghilangkan kebosanan.
“Corak pembelajaran hari ini yang terlalu menekankan kejayaan akademik menyebabkan ibu bapa terpaksa mencatur kehidupan anak dengan rutin harian yang membebankan.
“Di sekolah, mereka belajar hingga lewat petang di samping menyiapkan kerja sekolah yang banyak.
“Anak juga terbabit dengan kegiatan kokurikulum menyebabkan mereka tiada masa menikmati zaman kanak-kanak,” katanya.
Beliau berkata, ada ibu mungkin berkata pada anak sulung dan adiknya: “Abang, emak tak nak kamu balik lambat. Kakak, emak tak mahu tengok kamu asyik bergayut di telefon.”
“Itu bukan komunikasi tetapi lebih kepada arahan, syarahan atau sindiran. Ibu bapa harus menilai semula apa itu komunikasi.
“Proses komunikasi gagal kerana ramai yang tidak memahami konsep itu. Apabila anak meluahkan perasaan, ibu bapa sepatutnya menjadi pendengar yang baik,” katanya.
Kebanyakan anak pula memerlukan ibu bapa ketika mereka menghadapi masalah manakala pada saat gembira, mereka lupa ibu bapa. Fenomena berkenaan proses biasa dalam perkembangan diri anak.
Bahkan katanya, ada kalanya ibu bapa diuji dengan kerenah dan kepelbagaian tingkah laku anak yang kadangkala memeningkan kepala.
“Mungkin Allah mahu menyedarkan kita yang sudah lama tidak ‘mendekati-Nya’.
“Kalau sebelum ini solat pun jarang-jarang, kini ibu bapa kena lebih bermuhasabah diri. Sebagai manusia biasa, ujian ini boleh meningkatkan tahap keimanan diri.
“Nabi Noh diuji Allah dengan keingkaran anak dan isterinya yang tidak mahu mengikutinya menaiki bahtera apatah lagi kita manusia biasa,” katanya.
Dr Tengku Asmadi menyarankan anak sentiasa dibekalkan dengan motivasi dalam membentuk sahsiah diri yang sempurna di samping jati diri yang kuat supaya jiwa mereka tidak rapuh.
Ibu bapa jangan terlalu menekankan anak untuk menjadi yang terbaik atau cemerlang jika tahap pencapaian mereka tidak sehebat mana.
“Timbul masalah apabila ibu bapa terlalu teruja untuk melihat anak jadi cemerlang, ia memberi kesan yang tidak baik pada mereka.
“Jika tahu tahap kemampuan anak amat rendah, alihkan minatnya ke arah lain supaya mereka turut diberi peluang membina keyakinan diri.
“Ertinya, jika anak tidak cemerlang dari sudut akademik, dia masih boleh berjaya dalam aspek lain. Sikap mendesak merugikan masa depan mereka kerana bukan semua anak mempunyai kecerdasan yang tinggi,” katanya.
Kajian Universiti California, Amerika Syarikat mendapati ibu bapa yang mempunyai masa lebih banyak dengan anak akan membuatkan anak-anak lebih banyak melakar kecemerlangan.
“Ia berbeza dengan mereka yang tiada masa bersama anak. Anak lebih terjebak dalam gejala sosial, kemerosotan dalam pelajaran di samping terbabit dengan aktiviti kurang sihat,” katanya.
Beliau mencadangkan ibu bapa menjalankan aktiviti bersama seperti bermain boling atau permainan lain yang boleh menggembirakan semua.
“Mereka juga boleh makan malam atau melancong bersama. Ibu bapa juga seharusnya menanam kepercayaan terhadap anak-anak dalam sesetengah perkara. Mungkin itu antara cara mempercepatkan proses kematangan mereka.
“Selain itu, hendaklah mendidik anak mengikut zamannya dan bukan zaman ibu bapa dulu,” katanya.