Archive for May, 2008

Perjumpaan Trainer PTS

Posted by Dr. Tengku Asmadi on May 22 2008 | MAP Di Sana Sini

Pada 20 Mei 2008, Selasa, saya dan beberapa orang penulis merangkap trainer PTS telah berjumpa dan berbincang tentang pelbagai perkara untuk membina modal insan terutamanya remaja yang berusia 18 – 23 tahun.  Pelbagai idea muncul melalui satu sesi percambahan minda yang diterajui oleh Puan Sifu PTS iaitu Puan Hjh. Ainon Mohd.

InsyaAllah sekiranya idea-idea ini berjaya digarap maka pelbagai program boleh dijalankan bagi membantu golongan remaja kita ini.

1 comment for now

Calon bagi Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian-Popular 2008

Posted by Dr. Tengku Asmadi on May 09 2008 | Pengumuman

Alhamdulillah saya telah dicalonkan untuk anugerah pilihan pembaca Berita Harian – Popular. Saya tidak pasti bagaimana pilihan pencalonan ini dilakukan tetapi satu perkara yang pasti ialah ia satu motivasi kepada saya yang baru berkecimpung dalam bidang penulisan ini.

3 comments for now

Buku Terbaru! Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif

Posted by Dr. Tengku Asmadi on May 05 2008 | Pengumuman

PTS Millennia Sdn. bhd. baharu sahaja menerbitkan buku terbaru saya berjudul Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif.

Maklumat mengenai buku ini adalah seperti berikut :

Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif
Pengarang : Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM 15
ISBN : 978-983-3604-93-7;

Sinopsis :

Buku ini bertujuan berkongsi pengalaman dan memberikan panduan kepada ibu bapa, teknik memotivasikan dan membimbing anak-anak. Adalah mustahil menjadi ibu bapa yang sempurna tetapi tidak mustahil berusaha ke arah kesempurnaan itu. Ia sesuatu yang dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Buku ini boleh didapati di e-Kedai.net Kedai Buku Online Anda (Klik Di Sini) ataupun kedai-kedai buku besar berdekatan Anda.

Dapatkan dan jadilah antara orang yang pertama memiliki buku ini.

no comments for now