Archive for July, 2008

Buku TMACP dipamerkan di MPH

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Jul 15 2008 | Laman Bersekutu

Semalan ketika berjalan-jalan dengan keluarga di Kinta City, Ipoh, saya terpandang ruang pameran kaca di bahagian depan MPH. Apa yang menarik perhatian saya ialah buku kedua tulisan saya iaitu Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif (TMACP) telah diberikan ruang di situ.

Memang bangga sungguh rasanya dan rasa syukur menyelinap dikalbu. Ia juga menaikkan semangat saya untuk menyiapkan buku ketiga pula.

no comments for now

Penyediaan Modul Latihan

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Jul 12 2008 | MAP Di Sana Sini

Sejak beberapa minggu ini saya telah diamanahkan untuk merangka Modul Latihan untuk Kepimpinan Siswa. Menariknya pula ada beberapa Syarikat Perunding yang lain turut diberikan tanggungjawab yang serupa. Melihat hasil yang telah dikemukakan oleh syarikat perunding yang berusia setahun jagung ini membuatkan saya terfikir betapa pentingnya Pertubuhan TAMRIN diwujudkan segera kerana perkara yang paling asas dan penting sebegini pun tidak mampu dilakukan dengan baik oleh mereka yang bergelar trainer.

12 comments for now

Aktiviti Kem Motivasi yang Syariah-Compliant

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Jul 11 2008 | Laman Bersekutu

Artikel di bawah ini dipetik dari laman web Sifu PTS iaitu

http://universitipts.com

Pasaran kem-kem motivasi semakin hari semakin besar di negara ini. Permintaan baginya semakin meningkat. Hasilnya, semakin banyak individu terjun ke dalam pasaran ini dengan menjadi fasilitator dan motivator kem-kem motivasi.

Kita belum mempunyai pusat latihan di mana seseorang itu boleh belajar cara-cara yang betul menjalankan sesi motivasi. Akibatnya, majoriti yang kini menggelarkan diri mereka ‘fasilitator’ dan ‘motivator’ sebenarnya menjalankan tugas-tugas mereka dengan menonong tanpa pengetahuan saintifik dan sistematik.

Dalam kem-kem motivasi yang sekarang banyak dijalankan, ada jenis-jenis aktiviti dan game yang dicipta oleh pakar-pakar Barat yang tidak sesuai dengan peraturan agama Islam. Sebagai contoh, antara aktiviti yang digunakan di Biro Tatanegara (BTN) terdapat aktiviti-aktiviti bagi sesi latihan dalam kumpulan (LDK) yang tidak syariah-compliant.

Banyak fasilitator yang sekarang ini mengendalikan bisnes kem-kem motivasi negara kita adalah bekas-bekas fasilatator BTN, ataupun bekas peserta BTN. Mereka cenderung menggunakan apa yang mereka pelajari daripada BTN apabila mereka sendiri mengendalikan kem-kem motivasi, termasuk game dan aktiviti BTN yang tidak syariah-compliant.

Justeru trainers dan motivator Islam perlu berhati-hati apabila meniru ataupun menggunakan game dan aktiviti ciptaan Barat.

Ambil sebagai contoh aktiviti yang diberi nama “fish-bowl” dalam bahasa Inggerisnya. Aktiviti “fish-bowl” adalah tidak syariah-compliant tetapi aktiviti ini digunakan dengan meluas dalam kem-kem motivasi yang dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator amatur kita.

Dalam aktiviti “fish-bowl” ini, semua peserta duduk membuat bulatan. Kemudian seorang peserta disuruh duduk di tengah-tengah bulatan. Kemudian, satu-demi-satu peserta lain akan memberi komen-komen positif (sifat-sifat baik) dan negatif (sifat-sifat buruk) terhadap peserta itu. Ini dilakukan sehingga semua peserta menerima giliran duduk di tengah-tengah bulatan itu dan dikritik oleh setiap peserta lain.

Dalam Islam, kita tidak dibenarkan mengkritik peribadi, yakni mendedahkan kelemahan dan keburukan orang lain, kerana perbuatan itu menjatuhkan maruah orang itu di hadapan orang lain. Nabi Muhammad tidak pernah menjatuhkan air muka orang di depan khalayak.

Banyak aktiviti dan game yang digunakan oleh para fasilitator Melayu-Islam dalam kem-kem motivasi mempunyai ciri-ciri yang tidak syariah-compliant.

Ramai peserta kem motivasi adalah beragama Islam, oleh itu modul yang disediakan bagi mereka hendaklah selaras dengan hukum-hukum Islam, yakni modul yang syariah-compliant. Modul seperti itu juga sesuai untuk peserta bukan Islam.

Nota: Bagi pembaca Islam, bacakanlah selawat dan salam setiap kali terbaca nama ‘Nabi Muhammad’.

KOMEN SAYA:

Mengikut pengalaman saya yang telah berkecimpung selama 15 tahun dalam bidang training ini apa yang dijelaskan oleh Puan Sifu PTS itu memang benar sekali. Sifat terikut-ikut itu ada baiknya tetapi ia perlulah sesuai dengan acuan kita. Jangan kita ambil sesuatu itu secara membuta tuli tanpa membuat sebarang analisis. Lebih buruk lagi apabila ada trainer yang cedok sana cedok sini. Daripada beberapa program yang pernah dia hadiri dicampuradukkan pengisiannya bagi menghasilkan satu modul training yang kononnya miliknya sendiri. Tindakan sebegini lagi bahaya dan amat merosakkan.

1 comment for now

Dapat Durian Runtuh

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Jul 05 2008 | Pengumuman

Alhamdulillah, semalam saya ke PTS kerana membincangkan tentang bentuk latihan yang mahu diberikan kepada pemimpin-pemimpin pelajar Negeri Selangor.  Selepas itu PTS menyerahkan penyata royalti untuk buku Motivasi Alihan Pelajar tulisan saya bagi jualan sehingga 31 Disember 2007.  Terkejut, memang saya terkejut apabila menerima jumlah royalti yang bukan sedikit hasil daripada buku pertama ini.

Berikut adalah artikel yang saya petik dari laman Chairman PTS iaitu Puan Ainon di www.universitipts.com

Royalti 2007

no comments for now