Archive for September, 2008

Tanda-tanda Dia Menipu

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Sep 24 2008 | Komunikasi

Artikel di bawah dipetik dari blog SifuPTS iaitu www.universitipts.com.

Apabila kita berkomunikasi dengan orang lain, atau melihat orang lain sedang berkomunikasi maka kita dapat mengenalpasti sama ada seseorang itu berkata benar atau sebaliknya.  Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang memerlukan kita lebih berhati-hati agar tidak diperdaya oleh si penipu.

Semakin banyak tanda-tanda di bawah dilakukan, semakin serius dustanya.

(i) Tangan memegang-megang leher dan tengkuk (ataupun tengkuk baju).

(ii) Mata terkelip-kelip lebih laju daripada biasa.

(iii) Bibir terkatup lebih rapat daripada biasa.

(iv) Bercakap dengan ayat yang terputus-putus.

(v) Tercari-cari perkataan. “Urmm… anu… anu…”

(v) Membuat pembetulan pada apa yang tadi dipercakapkannya. (Macam kes
Saifool tersalah sebut tarikh sewaktu bersumpah dalam masjid Kuala
Lumpur).

(vi) Mata tidak mahu memandang orang yang didustai (ataupun tidak mahu memandang tepat pada kamera).

(vii) Menyorokkan tapak tangan.

Kata Puan SiPTS lagi, “Saya juga pakar menangkap penipu (selepas banyak kali terkena tipu,
saya pun bersungguh-sungguh belajar dengan membeli dan membaca
buku-buku tentang tanda-tanda (traits) orang cuba menipu.”.

Semoga maklumat ini berguna bagi kita semua.

8 comments for now

Mirroring!

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Sep 19 2008 | Laman Bersekutu

Dalam mazhab NLP diajar Teknik Mirroring bagi mewujudkan ‘instant rapport’.  Malah kita dapat lihat bahawa mereka yang berada dalam julat pemikiran yang sama (pada ketika itu) akan secara spontan  ‘mirror’ antara satu sama lain.  Ini dapat dilihat dalam gambar di bawah bagaimana PM dan TPM dalam keadaan yang sama frekuensi mindanya.

Gambar di atas menunjukkan kedudukan tubuh dan pergerakan badan PM umpama cermin kepada TPM.

Sebab itulah apabila kita bertemu dengan seseorang maka Teknik Mirroring boleh digunakan untuk mewujudkan kemesraan serta merta.  Apa yang boleh dicerminkan?

Cermin kedudukann, pergerakan, rentak nafas, mimik muka, intonasi suara, pilihan kata-kata, dan sebagainya.

2 comments for now

MAJLIS BERBUKA PUASA

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Sep 13 2008 | Laman Bersekutu

 TAMRIN akan adakan Majlis Berbuka Puasa

 Tarikh :  24 September 2008

 Hari     :  Rabu

 Masa    :  6.30 – 8.30 petang

 Tempat :   Hotel De Palma, Ampang, Kuala Lumpur

 Kos       :  RM75/- seorang 

 Hubungi  Urusetia:  En. Rashid (016-5580719) atau En. Osman Affan (012-9028747)

TAMRIN tidak mengambil sebarang keuntungan atas majlis ini sebaliknya itulah kos yang dikenakan kepada kami oleh pihak Hotel De Palma untuk majlis tersebut.  Sebabnya kita akan diberikan tempat ekslusif ditepi kolam dan tidak bercampur dengan majlis yang lain.

Oleh itu sesiapa yang mahu menyumbang untuk memberi makan mereka yang berpuasa sila nyatakan jumlahnya kepada pihak urusetia.  InsyaAllah, sumbangan anda akan mendapat keberkatan Allah.

Turut hadir dalam Majlis Berbuka Puasa ini ialah Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, Ust. (Dr) Muhammad Uthman El-Muhammady,  Prof. Dato’ Hamdan Adnan, Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, dan ramai lagi.

Ini adalah masa untuk kita berjumpa dan membina jaringan. 

Jumpa di sana nanti.

1 comment for now