Assalamualaikum Dr.
Saya bekas pelajar MAP tahun 2007 ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kpd Dr. Tengku Asmadi dan pembantunya di MAP Consultancy kerana telah banyak membantu saya bukan sahaja dalam pencapaian akademik malah lebih daripada itu. Sejak menghadiri program MAP untuk pelajar sekolah menengah saya lebih berkeyakinan untuk berpidato di hadapan orang ramai dan lebih bermotivasi.
Uniknya, setiap kali saya berasa ingin menangguhkan kerja atau bermalas-malas segera saya teringat akan suara Dr. yang lantang mengatakan, lebih kurang beginilah bunyinya, “Kamu malas, malas, malas! Kamu kata mahu jadi jurutera, jadi doktor, jadi peguam, tapi kamu PEMALAS..kamu tak malukah dengan apa yang kamu cita-citakan? Ada hati nak jadi jurutera, nak jadi doktor tapi PEMALAS!” kemudian Dr. berpesan lagi, “Kamu kata kamu sanggup berjuang utk saudara kamu di Palestin, di Afghanistan, di Iraq tapi kalau solat pun kamu malas! belajar pun kamu malas kamu ada hati nak tolong mereka?!” Kata2 Dr. itu selalu terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini.
Dan kata-kata itulah membuatkan saya bangkit dengan penuh motivasi dan kini berjaya mengatasi rakan-rakan yang lain dalam akademik mahu pun dalam sahsiah.
Ketika saya menghadiri program MAP tahun lepas saya hanya mampu menduduki kedudukan top 3 dalam kelas saya yang mempunyai 40 org pelajar (kelas ke-3). tetapi selepas menghadirinya dan mengamalkan apa yang diajarkan saya telah berjaya mendapat kedudukan Top 5 dalam tingkatan di sekolah saya yang mempunyai lebih kurang 300 pelajar Tingkatan 3 pada Ujian Pertengahan Tahun ini. Saya selalu mempraktikkan dan mengajarkan apa yangg saya pelajari di MAP kepada rakan-rakan saya.
Sekarang saya sedang menunggu keputusan PMR 2008. Saya berdoa dan berharap saya mendapat 8A1 dalam PMR saya. Jika rakan-rakan saya bertanya apakah rahsia saya, saya begitu bangga untuk mengatakan saya adalah anak didik Dr. Tengku Asmadi. Walau bagaimanapun, saya sangat bersyukur dengan apa yang saya peroleh hari ini. Semoga hari esok lebih cemerlang dari hari ini untuk kita semua umat Islam.
Akhir kata,
Daun selasih, daun melur;
Terima kasih kpd Dr.
Nurhafizah Ibrahim
Dari Shah Alam, Selangor.