Bertemu Dengan Prof. Edward De Bono
Petang semalam di Hotel Mandarin Oriental, K. Lumpur, saya telah berpeluang menghadiri seminar tentang Islamic Banking. Salah seorang penceramah jemputannya ialah Edward De Bono seorang pemikir yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pastinya kehadiran beliau bukan untuk memperkatakan tentang perbankkan tetapi tentang proses-proses pemikiran.

Orang yang berfikiran lateral biasanya akan tonjolkan imej yang sedikit berbeza dan pelik. Mungkin tidak ramai yang menyedarinya semalam tetapi mata saya memang tajam, cuba lihat gambar di bawah ini apa yang lainnya pada diri beliau?

Jawapannya ialah sepasang stokinnya yang merah menyala! Sedangkan hampir semua orang berstokin hitam sebab mahu dipadankan dengan kasut hitam.
Saya sempat bersembang dengan beliau sebelum bermulanya seminar dan dalam masa yang pendek banyak perkara yang saya pelajari. Menariknya ialah apabila beliau menegaskan bahawa 90 peratus kesilapan yang dilakukan oleh otak kita adalah disebabkan oleh persepsi. Beliau juga menekankan bagaimana persepsilah yang membentuk emosi. Idea-idea ringkas ini akan saya kembangkan dalam buku ketiga saya nanti yang berjodol ‘Sikap Penentu Kejayaan’.
Idea & Tulisan Oleh :Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com






Assalamu’alaikum,
Saya telah linkkan laman Doktor di dalam blog saya Guru Bashid Dot Com. (http://gurubashid.com/blog). Semoga Doktor melakukan perkara yag serupa. Terima kasih.
Wassalam
16 Feb 2008 at 3:09 pm