Masalah Hidu Gam Dikalangan Pelajar

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Aug 22 2007 | Isu Semasa Pelajar

Masalah remaja hidu gam yang melibatkan pelajar sekolah semakin berleluasa. Ia melibatkan pelajar seawal usia 10 tahun. Pada 11 April 2000 pernah berlaku dimana tiga orang remaja berusia 14, 18 dan 20 tahun ditemui mati akibat gejala ini. Gam lebih mudah diperolehi dan lebih murah untuk dibeli menyebabkan gejala tidak sihat ini semakin menular. Sudah sampai masanya pihak berkuasa mengambil sesuatu tindakan sebab sehingga kini tiada sebarang akta yang diperuntukkan bagi membendung dan mengatasi masalah ini. Tanpa akta maka masalah yang wujud bukanlah sesuatu yang salah disisi undang-undang. Sekurang-kurang, kerajaan perlu mewujudkan akta bahawa mereka yang dibawah usia 18 tahun tidak boleh membeli gam dalam kuantiti yang banyak.

Gam mengandungi pelarut seperti toluene serta trichloroethylene iaitu toksid yang boleh menggangu fungsi jantung. Jika diambil secara berlebihan, bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian. Kesan lain pada fungsi otak:

  • menjadi nyanyuk
  • hilang ingatan
  • psikotik atau gila,
  • hilang upaya deria dan
  • kelumpuhan pada bahagian tertentu.

Apabila remaja terlibat dengan gejala hidu gam, ia tidak dapat dikesan melalui ujian air kencing sebab ia bukannya dadah. Ini menyukarkan kita untuk mengesan mereka yang terlibat dengan masalah ini kecuali ketika mereka sedang melakukannya. Malah ada diantara remaja apabila sudah ketagihan sanggup menggunakan bahan alternatif seperti pencair cat, petrol dan tahi lembu kering. Tahi lembu kering itu dibakar asapnya disedut.

Apakah cara untuk kita mengatasinya?

  1. Ibu bapa perlu prihatin dan awasi tingkah laku anak-anak mereka. Semak bilik, laci dan beg sekolah anak. Awasi pergerakan dan rakan-rakan mereka.
  2. Pendedahan tentang kesan dan akibat daripada gejala ini mesti diberikan bermula dari pelajar sekolah rendah lagi. Lebih efektif jika ditunjukkan video serta gambar-gambar agar timbul rasa gerun dan insaf.
  3. Perlu ada akta bagi menghalang gejala ini agar boleh diadakan penguatkuasaan. Malah mungkin gam dijadikan sebagai barang kawalan yang tidak sewenang-wenangnya boleh dibeli, lebih-lebih lagi dalam kuantiti yang banyak.
  4. Perbanyakkan program motivasi di peringkat sekolah. Program motivasi ini pula perlu dilakukan secara berterusan dan lantik mereka yang pakar untuk menjalankan program-program ini.
Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com

7 comments for now

7 Responses to “Masalah Hidu Gam Dikalangan Pelajar”

  1. Zanina Haryani

    Salam,
    Sekadar ingin membantu anak bangsa yang terlibat dalam gejala hidu gam
    Harap dr dapat membantu..
    2 orang pelajar sekolah saya telah ditangkap dalam keadaan mencurigakan dan disyaki menghidu gam..
    Pelajar tidak mengaku menghidu gam cuma bawa untuk suka-suka dan mendakwa tidak tahu gam adalah barang larangan.
    Dalam beg mereka ada plastik yang telah diisi gam keras.
    Persoalan disini..
    1.Adakah pelajar ini boleh dibuang sekolah kerana membawa gam tanpa pengakuan bertulis..bagaimana dari segi undang-undang?
    2.Apakah langkah untuk membantu mereka selain membuang sekolah kerana ia tidak akan membantu mereka.

    04 Apr 2009 at 10:12 am

  2. Gejala menghidu gam amat berleluasa di kampung-kampung orang melayu di luar bandar. Perlu ada tindakan bersepadu dalam kalangan masyarakat untuk membenteras gejala ini. Masyarakat di kampung, dengan diketuai oleh pemimpin, ketua masyarakat dan JKKK, dan secara bersama hendaklah mengambil langkah yang kesan seperti mengadakan kempen Hidu Gam di kampung-kampung dengan mengadakan ceramah memberi kesedaran dan menanam rasa benci kepada hidu gam, mengadakan aktiviti yang boleh menghindarkan remaja dan kanak-kanak di kampung daripada gejala tersebut. MENGHIDU GAM IALAH SATU GEJALA YANG JIKA TIDAK DI ATASI SEKARANG AKAN MENGHANCURKAN MASYARAKAT KITA PADA MASA AKAN DATANG.

    17 May 2009 at 9:09 am

  3. pieqa

    salam..
    masalh hidu gam ini tlh lama berlaku
    terutamanya d’kalangan bdk skolah..
    remaja tdk thu kesan atau akibat drpd perbuatan ini..
    sy rasa biarkan je bdk2 ni rsekan ksannya di masa akn dtg..
    brulh mreka akn rse mnyesal..

    15 Aug 2009 at 2:04 pm

  4. isteri buntu..

    askm…suami sya berumur 25 thun dan die seorg penghidu gam dari usia belasan tahun lagi…selepas saya berumah tgga dgn dia bru lah saya dapat tahu akan tabiat suami saya tersebut…saya xtahu mcm mne nk atasi maslah ini…dah banyak kali saya tegur die suruh tggalkn tabiat tersebut..tetapi cume beberapa hari sja..kemudian dia akn ulangi tabiat tersebut…kami dah berumah tgga 4 thun..dan saya nak sgt suami saya berubah buang tabiat tidak bermoral tersebut tetapi saya buntu dan takut nk menceritakan perkara tersebut kepada ibu apa saya dan mertua…saya mengharap sgt pada DR agar dapat membantu saya mengatasi masalh ini…dan blh x Dr bg tahu saya apa yg saya harus buat untuk ubati tabiat suami saya ini…

    08 Sep 2009 at 4:04 pm

  5. alia

    Salam
    …….kawan saya ada masalah suka menghidu minyak cap kapak………katanya dapat ketenangan melalui baunya……..adakah kesan jangka panjang padanya? Adakah berbahaya?Terima kasih…..

    16 Apr 2010 at 12:02 am

  6. ct

    salam….
    adik saya berumur 24 tahun seorang penghidu gam dan maslah ini makin menjadi2,dan dia hampir menjadi gila…sekarang dia banyak bercakap bersendirian..apa yang membimbangkan saya adalah keselamatan keluarga sy kerana kadang2 dia bertindak agresif dan hampir mengancam nyawa…bagaimanakah cara untuk atasi masalah ini dan dimanakah saya blh membuat aduan mengenai masalah gam ini,memandang kan tiada akta yang diperuntukkan untuk masalah gam..telah banyak usaha dilakukan untuk membantu dia untuk atasi masalah ini,namum tidak ada yang berkesan…

    16 May 2010 at 11:35 am

  7. muhammad safwan bin sabari

    byk kes seperti ini tlah berlaku… di sekolah saya pun telah byk tindakan yg diambil tetapi mslh ini susah dibendung….

    21 May 2010 at 4:07 pm

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply