Testimonial Pelajar PMR 2009 – Siti Aisyah, Kota Kinabalu, Sabah
Assalamualaikum Dr,.
Saya, Siti Aisyah, merupakan bekas pelajar Motivasi Alihan Pelajar (MAP) yang telah diadakan buat pertama kalinya di Dewan Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah.
Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr.,dan tenaga kerja MAP Training yang telah banyak mendorong saya untuk berjaya. Malah saya adalah seorang pelajar yang telah bercakap di depan sewaktu Majlis Penutup Kursus tempoh hari. Susulan dari itu saya memperolehi keyakinan dan telah terpilih menjadi pelapis kepada Pasukan Bahas di sekolah saya. Sebelum MAP saya bukanlah orang yang berani melakukannya.
Dari segi pencapaian akademik pula, dulu saya sering mendapat nombor 20 ke atas. Tetapi selepas menghadiri MAP, dalam Peperiksaan Percubaan Pertama PMR 2009, saya mendapat kedudukan ke -11 dalam kelas dengan gred 4A 4B dan 1D. Dalam Peperiksaan Percubaan Kedua pula saya menduduki tempat ke-4 dengan pencapaian 5A 4B. Alhamdulillah, peningkatan pencapaian yang drastik itu membuatkan keyakinan saya melonjak untuk berhadapan dengan PMR yang sebenar dan syukur alhamdulillah saya telah mendapay 9A dalam keputusan peperiksaan PMR 2009 yang telah diumumkan baru-baru ini.
Satu sekolah terkejut dengan pencapaian saya ini dan saya sendiri tidak menjangkakannya. Keputusan ini tidak mungkin mampu saya realisasikan tanpa program MAP dan bantuan orang sekeliling. Terima kasih semua dan terima kasih MAP.
Testimonial Pelajar
Siti Aisyah
Kota Kinabalu, Sabah.
ctaisyahhamidon@yahoo.com.my

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com






salam doktor….tahniah sbb berjaya menjadikan pelajar2 bermotivasi dan berkeyakinan…saya Hana juga pernah menghadiri program motivasi dr. pd thn 1999…semasa persedian untuk SPM, ibu saya tetap mahu saya berkeyakinan dan katanya” kak, duit mak boleh cari…kakak pegi dulu motivasi tu, mak dengar dalam radio motivasi tu bagus”.. saya x nk menyusahkn kedua ibu bapa saya pd ketika itu… ibu saya keje sampai mlm untk melihat anknye bjaya…kmi adik beradik x pandai…kurang keyakinan diri..selalu exam saya org yg ke 20 keatas..dan agak lemah dlm matematik…tpi sy x kn mensia2kn peluang y ada… sy cuba mencari keyakinan n kelemahan….alhamdulilah sekarang saya boleh berjaya menjadi seorang guru pakar matematik…saya amat berterima kasih kpd dr…setiap motivasi yg Dr. berikn, saya aplikasikn dlm khidupan dan pembelajaran dlm kelas… Pn. Hana- Damansara
19 Feb 2010 at 1:09 am
Terima kasih Cikgu Hana atas testimonial yang sangat berharga itu. Saya memang mahu mendengar apa kata mereka yang telah lama ikuti kursus MAP ini. Saya yakin, apa yang cik gu nyatakan di atas memberikan motivasi kepada generasi hari ini.
19 Feb 2010 at 6:11 am
Assalamualaikum,
Terima kasih atas usaha murni. Semoga lebih ramai anak-anak Muslim yang tinggi motivasi berpaksikan akidah tauhid kepada Allah s.w.t.
30 Jul 2010 at 8:42 am