Berikut adalah satu artikel yang baik yang saya petik dari laman web berikut:
http://www.psikologiperkembangan-remaja.blogspot.com
NOTA: Artikel ini bukan tulisan saya oleh itu sesiapa yang memetiknya di sini sila letakkan rujuk kepada pemili asalnya di alamat blog seperti yang tertera di atas.
Pada masa ini kita dapati ramai anak-anak remaja
yang menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah, iaitu
berkumpul di pusat-pusat hiburan, menghisap rokok, bersiar-siar di
Bandar dan sebagainya. Sesetengahnya ada yang terlibat dengan penyalah
gunaan dadah, mencuri, memasuki kumpulan haram dan kegiatan perlacuran.
Terdapat
juga remaja yang terlalu taksub dengan dunia percintaan. Dalam hal ini
mereka selalu menyamakan di antara persahabatan dengan percintaan dan
seterusnya percintaan dengan seks. Ramai di antara mereka terlibat
dalam perbuatan-perbuatan yang sumbang dan bersalahan di sisi agama.
Ada
juga yang menganggap jika terlalu tumpu pada pelajaran, mereka tidak
berkesempatan bergaul mesra dengan rakan-rakan sebaya mereka. Hal ini
menyebabkan mereka tercicir di dalam pelajaran mereka.
MASALAH REMAJA LARI DARI RUMAH
Masalah
remaja lari daripada rumah bukanlah sesuatu yang baru. Pelbagai usaha
telah dilakukan demi membendung gejala ini dari berleluasa. Kebanyakkan
remaja yang lari dari rumah mengikut kajian Polis Bukit Aman (November
1992/1993) ialah berumur di antara 14- 18 tahun.
Faktor-faktor yang menyebabkan anak-anak remaja lari dari rumah:
1) terasa malu dengan keluarga kerana sesuatu kegagalan.
2) Krisis dengan keluarga. Sesetengah keluarga ingin mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak.
3) Tidak dapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa sewaktu kecil.
4) Remaja mengalami tekanan jiwa kerana gagal memenuhi kehendak ibu bapa terhadap pencapaian pelajaran.
5) Rosak akhlak dan pernah menjadi mengsa rogol.
6) Degil dan tidak mendengar nasihat yang berguna daripada ibu bapa. Oleh itu ramai yang merajuk dan membawa diri.
7) Kemiskinan keluarga menyebabkan ramai yang mencari peluang pekerjaan di Bandar.

Terpengaruh dengan pujuk rayu teman.
9) Ditipu dengan ejen sosial yang berpura-pura untuk mendapatkan pekerjaan.
10) Sengaja ingin mendapatkan keseronokan dan kebebasan kehidupan di Bandar.
Bagaimanapun
terdapat juga para remaja yang pandai menjaga diri dan sanggup bekerja
setimpal dengan kelulusan mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan
penting bagi mencegah berlakunya masalah ini dari berleluasa.
CARA-CARA MELAYANI DAN MENGATASI PERGOLAKAN JIWA REMAJA
Ibu bapa bertangungjawab untuk memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak remaja.
Ibu bapa perlu peka dengan permasalahan konflik jiwa remaja dan sering menaihati mereka.
Ibu bapa dan guru perlu mengelakkan pilih kasih semasa membimbing remaja.
Anak remaja yang di alam percintaan ibu bapa bertanggungjawab menyelidiki pasangannya itu.
Ibu bapa perlu memahami ilmu tentang jiwa remaja
Jangan
meletakkan harapan yang tinggi kepad anak remaja tetapi sentiasa
memberi dorongan dan semangat dengan kebolehan yang sesuai dengan
mental mereka.
Wujudkan komunikasi yang
baik antara ibu bapa dan remaja itu sendiri agar tiada jurang. Berikan
peluang kepada remaja untuk melontarkan idea mereka.
SEKSUALITI REMAJA
Pertumbuhan
intelelektual, moral serta spiritual biasanya diiringi dengan
kemunculan seksualiti mereka. Sarrel dan Sarrel (1979) menamakan konsep
ini sebagai sexual unfolding. Remaja membentuk identifikasi seksual dan
meningkatkan keupayaan terhadap kematangan emosi dan seksual:
1) Perubahan peringkat pada tubuh badan
2)
Kemampuan untuk mengatasi atau mengubah perasan bersalah, kebimbangan
zaman kanak-kanak terhadap pemikiran dan tingkah laku sosial.
3) Peleraian satu iktan emosi yang utama dengan ibu bapa atau penjaga
4)
Belajar mengenai keseronokan erotik atau rasa berahi dan
ketidakselesaannya serta mampu membincangkan soal ini dengan
teman-teman.
5) Penyelesaian konflik dan kekeliruan mengenai orientasi seksual.
6) Peningkatan sebagai seorang yang berkemampuan seksual dan kedudukan seks dalam kehidupan.
7) Ke arah tanggungjawab terhadap pasangan ,diri, dan masyarakat
Peningkatan keupayaan dalam bentuk kasih sayang.
HUBUNGAN SEKS LUAR NIKAH
Pengalaman
pertama remaja biasanya dipenuhi dengan perasaan cemas, takut dan
kerisauan. Hal ini kadang-kadang terbawa sehingga ke peringkat
pertengahan dan akhir remaja.
Dalam
kajian tahun 1980 Zelnick dan Kantner melaporkan bahawa lebih daripada
50% remaja Amerika syarikat pernah melakukan hubungan seks.
Secara
puratanya di sekitar usia 16 tahun. Tidak menjadi sesuatu yang luar
biasa untuk mendapati remaja berusia 13 dan 14 tahun aktif secara
seksual dalam melakukan hubungan kelamin.
Satu
perkara yang tidak dapat dielakkan apabila remaja menggunakan kegiatan
seksual sebagai cara untuk menarik perhatian masyarakat atau ibu bapa.
Penyakit pindahan seksual juga dikenali dengan nama panggilan singkatan STD .
Amerika,
gonorea lebih biasa dihadapi oleh golongan remaja belasan tahun
daripada kelompok kelas pertengahan. Siflis pula ebih ketara di
kalangan remaja daripada kelompok rendah.
Usia jangkitan paling tinggi ialah kepada mereka yang berusia antara 15-24 tahun.
BEBERAPA MASALAH BERKAITAN REMAJA
Para
remaja dikatakan menghadapi masalah menerima bentuk tubuhnya yang baru.
Disamping masalah psikologikal ini, para remaja juga menghadapi
masalah-masalah yang berbentuk fisiologikal yang perlu mereka atasi
sendiri.
Bagi remaja wanita, haid adalah
sesuatu proses yang normal tetapi seringkali menyebabkan
ketidakselesaan pada mereka. Kadangkala ia berlaku dengan diiringi oleh
perasaan seperti kemurungan, keletihan, kelesuan dan kemarahan.
Satu
lagi masalah yang dihadapi oleh remaja ialah masalah berat badan.
Masalah ini terjadi dalam dua bentuk, pertama ialah keadaan badan yang
gemuk dan kedua, keadaan badan yang terlalu kurus. Bagi remaja yang
tidak dapat mengawal kehendak makanan, mereka akan menghadapi masalah
Bulimia.
Beberapa masalah kecil sentiasa
menjadi tumpuan kepada remaja. Ketumbuhan jerawat sering berlaku di
zaman remaja dan mereka amat sensitif akan perkara ini. Jerawat
merupakan sesuatu yang menghodohkan rupa mereka dan perkara ini sering
di perbesar-besarkan.