Helo Malaysia
Pada 31 Mac 2008 saya telah dijemput oleh pihak BERNAMA TV untuk menjadi tetamu dalam rancangan Helo Malaysia yang dikendalikan oleh Dr. Luv (Dr. Azahari). Bersama dengan saya adalah sahabat saya iaitu Dr. Ismail Zain yang dikenali dengan Seminar ADaP yang dijalankan olehnya bersama Utusan Malaysia. Topik yang dibincangkan juga menarik iaitu ‘Cintakan Ilmu’. Dr. LUV cukup berminat dengan topik-topik yang berkaitan dengan CINTA sebab itu adalah bidang kepakarannya. Dalam rancangan ini saya juga ada menekankan betapa pelajar-pelajar kita hari ini begitu obses untuk mendapat Straight A dan kisah Sufiah Yusof, iaitu pelajar Genius Matematik, yang akhirnya terlibat dalam lembah pelacuran juga turut saya kupas.













